PROLOG
Sedihku, sakitku kuterima, Kurela kupasrah jalanku .Ini suratan aku dicuba ,demi rahmat-Mu kumemohon. Ya Allah redhai ketulusan hati, Ya Allah beri aku ketabahan. Ya Allah aku sanggup berkorban demi rahmat-Mu Ya Allah. Bait-bait lagu ini aku dengar dengan hati yang sayu dan pilu. Liriknya mempunyai makna yang mendalam bagi diriku.
Titis demi titis air mata ini jatuh ke pipi. Ketabahan yang selama ini tebal sudah lama punah. Tidak sanggup lagi aku menahan sebak didada ini. Sesungguhnya ujian ini terlalu besar. Setiap hari dan setiap saat aku berdoa kepada Tuhan supaya aku dapat menempuhi dugaan ini. Diberi ketabahan dan kekuatan.
“ Isya , sabarlah nak.......” Entah bila ibu masuk ke bilik ini, aku tidak sedar. Dikesatnya air mataku yang jatuh ke pipi. Aku menjadi malu sendiri. Tidak sudah-sudah aku membimbangkan ibu. Membimbangkan semua orang yang mengambil berat tentang diriku.
“ Ibu.....” Aku Memanggil ibu sayu sambil memeluk ibu. Ibulah tempat aku meluahkan perasaan. Ibulah peneman yang setia.
“ Ibu tahu, ibu tidak dapat menolong Isya. Tidak dapat nak meringankan beban yang ada didalam hati Isya . Ini kerana ibu tidak duduk di tempat Isya. Tapi satu yang ibu pinta, Isya anak ibu yang ibu sayangi hendaklah tabah dan sabar menghadapinya. Janganlah berputus asa. Setiap kejadian pasti ada hikmah disebaliknya.” Ibu berkata penuh nasihat sambil tangannya mengusap-usap rambutku lembut. Setiap kata-kata ibu memang ada betulnya. Aku mesti tabah. Tapi sampai bila....?
“Tapi sampai bila bu...” Ayat itu mudah saja keluar dari mulutku. Kurungkai diriku dari dipeluk oleh ibu. Dan aku memandang wajah ibu dengan penuh satu pengharapan. Ibu kedengaran mengeluh kecil. Nampaknya pertanyaan aku mengundang keluhan dihati ibu. Aku tahu.
“Isya....sampai bila kita tak tahu. Hanya Allah S.W.T. yang tahu bila ianya akan berakhir dengan cepat . Lagipun tentu Fariz tidak sanggup melihat Isya macam ni? Kalau Isya tidak tabah , Fariz lagi tidak tabah menghadapinya. Lagipun Isya sumber kekuatan Fariz untuk terus berjuang. Ingatlah Isya.”
Aku menunduk sayu dengan kata-kata ibu. Tidak berani ku menatap wajah ibu yang penuh pengasih. Seolah-olah memahami keadaanku ketika ini, ibu bangun perlahan-lahan dari katil dan melangkah keluar dari bilik ku. Keluar untuk membiarkan aku berfikir sendirian. Setelah ibu keluar ,aku cuba untuk memikirkan semula kata-kata ibu.
Kenapa? Kenapa aku menjadi lemah sebegini.......? Nur Alisya dulunya bukanlah terlalu ampuh hatinya begini. Dia tabah , dia kuat dan tidak mudah mengalirkan air mata. Tetapi sekarang , kenapa semuanya berubah ? Ah kusutnya fikiranku.
Dalam aku memikir dimana silapnya diriku ini, tiba-tiba mataku memandang seutas rantai berloketkan bentuk hati. Bahagian tepi loket itu dipenuhi dengan belian-belian kecil mengikut bentuk hati tersebut. Aku memandang sayu ke arah rantai itu yang berada diatas meja ditepi katilku. Lalu aku mengensot sedikit ke arah rantai itu berada dan mengapainya. Rantai itu aku perhatikan dengan penuh kesayuan. Loket yang berbentuk hati itu aku usap-usap lembut dengan ibu jari tangan kananku. Aku membuka loket itu perlahan-lahan. Didalamnya terdapat gambar kecil milik aku dan abang Fariz.. Tercuit sedikit hatiku melihat senyuman manis abang Fariz. Seolah-olah senyuman itu memang ditujukan untuk mengubat hati ini yang berduka….
Abang Fariz……hatiku berbisik sayu…….Tak semena-mena setitik air mataku jatuh mengenai gambar kecil milik abang Fariz itu.. Tidak pulak aku berniat mengeringkan air mata itu. Aku hanya memandang sepi gambar abang Fariz yang tersenyum padaku seolah-olah aku dipukau dengan sesuatu… Ya dipukau..dipukau oleh.senyuman yang tak pernah dan tak akan pernah lekang dari bibir abang Fariz buat selamanya untuk diriku…….

Tiada ulasan:
Catat Ulasan