Membaitkan kata-kata puitis , mencurah rasa bersarang dijiwa untuk diriku dan dirimu............

Khamis, 4 Ogos 2011

Kau Dihatiku 3


3

“Eh…awak!” Secara spontan aku memaut lengan seorang lelaki yang berselisih denganku. Lelaki itu terkejut dengan tindakkanku yang tak semena-mena itu. Dia berpaling kearahku dengan muka yang berkerut. Aku yang tersedar dengan tindakkan yang diluar jangkaan itu terus melepaskan kembali tangan aku yang memaut lengannya. Entah apa yang merasukku tika itu sehingga aku berani untuk bertindak sedemikian rupa.
            Aku memerhati disekeliling kami ternyata tindakan aku tadi mendapat perhatian orang. Mana taknya suaraku yang nyaring tadi telah menarik perhatian ramai. Wajahku tiba-tiba terasa panas. Menahan malu yang amat sangat. Secara automatik ringan saja kakiku berjalan laju berlalu pergi dari tempat itu Lelaki yang aku sapa tadi aku tinggalkan dia terpinga-pinga seorang diri disitu.Tanpa ada ungkapan maaf dari bibirku. Lantaklah……………..
            “ Cik…cik tunggu dulu…” Tiba-tiba telingaku seolah-olah terdengar suara seorang lelaki memanggil seseorang. Langkah kakiku menjadi perlahan seketika. Aku cuba mengamati lagi suara itu. Kedengaran suara itu datang dari arah belakangku.Ah, lantaklah bukan panggil aku pun. Entah dia panggil perempuan mana entah.Bisik hatiku serentak kaki ini dilajukan kembali.
            “Cik…cik yang pakai baju kurung hijau didepan saya ….tunggu …” Suara lelaki itu kedengaran lagi tapi kali ini sedikit tercunggap-cunggap. Aku berhenti melangkah.
            Tunggu, tunggu dulu. Baju kurung hijau. Aku teringat sesuatu. Aku memandang diriku sendiri untuk mendapat kepastian. Hah, aku pun pakai baju kurung hijau ni. Takkanlah cik yang dimaksudkan oleh lelaki itu, adalah aku. Biar betul. Aku mengomel sendirian.
            “Ha’ah cik yang berhenti tu………..”Kali ini aku begitu pasti yang cik yang dimaksudkan oleh lelaki tadi adalah aku. Derus nafas lelaki tersebut tercunggap-cunggap kuat kedengaran dibelakangku. Lantas aku memusingkan badan ke arahnya.
            “ Cik……..baguslah…ni….” Lelaki tersebut bersuara penuh kelelahan  sambil diunjukkan kepadaku selembaran kertas putih tanpa sempat aku berkata apa-apa. Mataku terpaku kepada kertas putih itu. Aku memandang lelaki yang mengunjukkan kertas tersebut kepadaku dengan pandangan yang tidak mengerti dan tertanya-tanya dan jugak sedikit rasa takut. Tidak mengerti kerana kenapa kertas itu ditunjukkan kepadaku?Tertanya-tanya kenapa dalam banyak-banyak orang aku yang dipanggilnya? Dan perasaan takut adalah lelaki ni nak sesuatu daripadaku ke? Sesuatu sebab aku dah malukan dia tadi. Ya, memang betul lelaki ini ialah lelaki yang aku paut lengannya tiba-tiba tadi. Lelaki yang aku tinggalkan tanpa sepatah kata apabila tindakkan ku memalukan diri sendiri.
            “ Surat panggilan temuduga cik……” Seolah-olah mengerti dengan keadaanku lelaki tersebut bersuara. Aku masih terpaku disitu.Memandang kertas tersebut tanpa kata….tapi cuma seketika apabila dengan tangan yang pantas aku menyelak satu persatu fail dan kertas yang kupegang ditangan kiri. Ternyata surat panggilan temudugaku sudah tiada.
            “ Nah…Nur Alisya kan? Tadi semasa cik jalan cepat-cepat tu surat ni tercicir dijalan. Saya ternampak dan mengambilnya. Bila saya lihat kandungan surat ni, saya rasa surat ni penting bagi cik. Saya tahu kalau surat ni hilang pasti cik tidak boleh menghadiri temuduga ni nanti. Jadi saya cuba kejar cik………..tapi cik jalan laju betul sampai saya terpaksa berlari untuk menyerahkan surat ni.”
            “Terima kasih..” Aku mengucapkan terima kasih kepada lelaki tersebut. Lelaki tersebut hanya mengangguk dan aku melihat dia mengukir senyuman dibibirnya. Senyuman yang manis sekali. Terserlah kedua-dua belah lesung pipit milik lelaki tersebut . Di tambah dengan kulitnya yang putih itu .Cair aku dibuatnya. Macam dipukau-pukau la pulak.
            “ Cik…” Lelaki tersebut memanggil ku lembut menyebabkan aku tersedar dari terus memandang wajahnya. Mukaku terasa panas. Malu. Malu untuk yang kedua kalinya.Aku menyumpah-yumpah diriku sendiri kerana leka memandang senyuman manis milik lelaki itu sehingga timbul rasa tidak senang lelaki itu padaku.Barangkali.
            “Maaf dan maaf” Hanya ungkapan itu saja yang mampu kulafazkan kepadanya.
            “ Tak pa. Saya Fariz Daniel…Panggil ja Fariz .Saudari kalau tak salah Nur Alisya kan.” Lelaki yang mengelarkan dirinya Fariz Daniel itu menghulurkan salam perkenalan dengan memperkenalkan namanya. Yang menghairankan aku macam mana  Si Fariz ni tahu nama aku pulak. Hai……..
            “ Er…..Fa..Fariz tau mana nama saya ni?” Aku bertanya agak takut-takut. Takut la tiba-tiba ja dia tahu nama aku. Takkan kat wajah aku ada tertulis nama aku kot? Pakai ilmu apa Si Fariz ni? Soalan demi soalan bermaharajalela dibenakku.
            “ Tu……..” Dia menunjuk ke arah surat panggilan temuduga yang kupegang.dengan senyuman yang terukir lagi dibibirnya.
            “Ohhh…” Sekarang baru aku tahu. Bukankah dalam surat panggilan temuduga ni ada tercatat nama penuhku. Dah terang-terang nama aku ada disitu pasti la Fariz tahu. Kenapalah boleh pulak aku jadi macam bodoh-bodoh alang ni?
            “ Nak panggil apa kat Nur Alisya ni?”
            “ Er….Fariz boleh panggil saya Alisya ja.Semua kawan-kawan saya panggil saya dengan panggilan nama tu.”Aku bersuara perlahan.Entah dengar ke tak Fariz tu.
            “ Ooo…Alisya ya,” Dia mengangguk-angguk kepalanya tanda mengerti. Kali ini aku pulak tersenyum. Tersenyum kerana Fariz dengar apa yang ku ungkapkan kata-kata walaupun dengan nada perlahan dan aku senyum untuk membalas senyumannya yang tak putus-putus dari tadi kepadaku. Hehehehe…….
            Tiba-tiba kedengaran deringan telefon memecahkan kesunyian kami. Lagu Hanya Pada-Mu Kuberserah nyanyian oleh Afgan artis dari Indonesia itu berbunyi agak nyaring pinta untuk dijawab panggilannya. Aku tahu telefon yang berbunyi itu bukan miliku pasti milik Fariz. Ternyata telahan aku betul apabila aku melihat Fariz mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar dan menekan punat angkat pada telefon bimbitnya lalu menjawab. Aku hanya memerhati tingkahnya menjawab telefon tanpa kata. Sekejap mengangguk, sekejap menggeleng. Walaupun aku berada dekat dengannya tapi aku tidak mendengar butir bicara yang dibualkan oleh Fariz dengan orang yang memanggilnya. Aku melihat wajah Fariz yang serius dan berkerut menjawab panggilan tersebut. Mungkin hal penting yang dibincangkan oleh mereka. Kalau tak, takkan Fariz boleh berwajah macam tu.
            Tidak sampai lima minit dia menjawab panggilan telefon itu, ku lihat Fariz sudah menyimpan kembali telefon bimbitnya didalam kocek seluar.
            “ Maaf Alisya saya terpaksa pergi dulu…Ada hal mustahak yang perlu saya selesaikan. Nanti kalau ada jodoh kita bertemu lagi. Ada banyak lagi benda yang nak saya bicarakan pada awak…Tapi masa tak mengizinkan. Kalau boleh saya nak mintak nombor telefon bimbit awak.Kalau awak tak kisah. Mungkin kita boleh berbicara melalui telefon pulak.” Katanya dengan nada yang agak kalut tapi jelas kedengaran.
            Aku menimbang-nimbang sendiri.Fariz ingin meminta nombor telefonku.Secara rasionalnya adakah aku perlu bagi nomborku kepadanya?Em…. Bagi ke tak bagi? Bagi ke tak bagi?Bukan senang nak bagi nombor telefon kita dekat orang yang tak dikenali. Ditambah pulak kalau dia tu seorang lelaki. Mana tahu dia akan berniat tak baik ke pada kita. Em……
            “ Tak pa kalau Alisya tak nak bagi nombor Alisya kepada saya . Saya faham! By the way saya terpaksa pergi dulu. Macam saya cakap tadi kalau ada jodoh kita bertemu lagi nanti. Insya’A         llah .Assalamualaikum.” Seiring dengan kata-kata itu, aku lihat Fariz mengatur tapaknya ingin beredar dari sini.
            Aku menjadi tak keruan tiba-tiba.Dengan  pantas ku mencapai pena yang terselit dikulit fail dan menulis sesuatu di atas kertas        A4 yang kosong . Lantas bahagian yang kutulis itu kukoyak dengan tergesa-gesa.
            “ Fariz…tunggu” Aku memanggil Fariz yang beberapa langkah didepanku. Fariz berhenti. Dengan langkah yang panjang aku berjalan mendapatkan dia.
            “ Nah, nombor telefon saya.” Aku menghulurkan cebisan kertas yang tertulis nombor telefonku kepada Fariz. Fariz mengambil cebisan yang dihulurkan kepadanya dengan senyuman terukir lagi dibibirnya.
            “Terima kasih. Saya akan hubungi Alisya nanti,”dengan kata-kata itu Fariz berlalu pergi.Aku memandang kelibat Fariz yang jauh dan semakin jauh dari pandangan mataku.
Entah kenapa aku pun tak tahu kenapa dengan senang saja aku memberi nombor telefon kepada seorang lelaki yang baru saja aku kenali. Tetapi aku yakin dan hatiku berkata yang Fariz boleh dipercayai itulah sebabnya aku berani memberikan nombor telefonku kepadanya. Ditambah pulak aku takut yang kami tidak akan bertemu lagi. Pertemuan yang singkat ini telah menerbitkan satu perasaan yang tak dapat aku tafsirkan dengan kata-kata. Ya…perasaan…..

           

           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger