4
Hari ini aku bangun awal dari kebiasaanya. Mana tak nya hari ini merupakan hari yang penting untuk aku. Penting untuk aku memajukan diri ke jawatan yang lebih tinggi.Ya, hari ini aku akan menghadiri temuduga sebagai Pegawai Tadbir .Jadi aku akan menggunakan peluang ini sebaik-sebaiknya. Walaupun begitu aku tetap akur jikalau andai kata jawatan yang kosong itu bukan milikku.Aku pasrah dengan takdir-Nya. Aku hanya mampu merancang Tuhan saja yang menentukan segalanya. Apa yang penting Aku telah berusaha mengikut kemampuanku serta berdoa kepada-Nya untuk memberi apa yang terbaik untukku. Seterusnya aku hanya bertawakal kepada-Nya.
Di satu sudut meja solekku , kucapai lipstick yang berwarna merah jambu jenama Maybelline dan ku oles kebibirku. Tipis. Ia sudah memadai bagiku. Selepas itu, ku capai pula eyesyadow-white dan ku sapunya di kedua-dua belah kelopak mataku. Akhir sekali, ku sapu blusher-peach di kedua-dua belah pipiku jugak sebagai penamat mekap yang ku pakai hari ini.
Berbajukan baju kurung moden berwarna merah jambu iaitu warna kegemaranku serta tudung berwarna senada membuatkan aku kini tampak lebih ayu dan sopan santun. Bukan memuji tetapi itulah hakikatnya.Hehehe…….jangan marah.
Setelah aku berpuas hati dengan solekkan diwajahku,walau tidak secantik mana kalau nak dibandingkan dengan jurumekap yang professional, berserta dengan pakaian yang ku kenakan ditubuh ini aku perlahan-lahan menuju ke arah katilku berada dan aku mengambil beg yang mengandungi sijil-sijil serta surat panggilan temuduga bersama –sama dengan handbag ku yang ku letak di atas tilam.
Aku menarik nafas berkali-kali sebelum kakiku melangkah keluar dari bilikku. Sebelum itu mataku sempat menjalar ke segenap ruang bilikku. Em…….nampaknya kemas. Bisik hati kecilku.Lalu ku tarik tombol pintuku perlahan dan rapat.
“ Selamat pagi bu….” Ucapku lembut kepada ibu yang sibuk meletakkan sarapan pagi di atas meja.
“Selamat pagi.Awal hari ni?” Aku tersenyum dengan pertanyaan ibu. Ku tarik kerusi dan duduk diatasnya.Aku memandang sarapan pagi yang ada di atas meja. Nasi lemak,roti bakar dan karipap. Em………sedap.
“Kan hari ni , Isya ada temuduga bu….,” kataku memandang ibu. Ibu kulihat hanya mengangguk. Aku tahu ibu dah ingat yang aku ada temuduga hari ini. Dan seketika Cuma, ibu jugak menarik kerusi dan duduk di atasnya. Tanpa menghiraukan ibu aku lantas mengambil sekeping roti bakar dan menyapunya dengan kaya. Roti yang telah disapu kaya itu aku makan. Ibu hanya memandang perlakuanku itu.
“ Aik….makan roti ja? Kenapa tak ambik nasi lemak?” ibu bertanya hairan sambil ibu mengambil pinggan dan mencedok nasi lemak ke dalam pinggan tersebut. Kali ini aku pulak memerhati perlakuan ibu.
“ Hari ni ada temuduga. Malas la Isya nak makan benda yang berat-berat. Ibu bukannya tak tahu kalau Isya makan nasi lemak pagi-pagi boleh menguap Isya ni macam badak air. Kan masa nak tunggu giliran temuduga tu , hah baiknya air meleleh keluar sebab tertidur. Huhuhu…kan tak elok tu.” Aku menjawab secara berseleroh sambil aku membuat isyarat air liur yang meleleh menggunakan jari telunjuk.
“ Em……memang tabiat kamu tu tak boleh nak diubah dari kecil. Bila lepas jamah nasi lemak ja, hah tak sampai pun lima minit, terlentok tak sedarkan diri macam kena bius dek ubat tidur la pulak!” Kali ini ibu pulak menjawab bersahaja dengan selerohku itu. Ibu oh ibu. Aku berdetik dalam hati.
Tidak lama kemudian, ibu beralih pulak ke arah pinggan yang berada didepannya. Nasi lemak yang ada dalam pinggan tersebut, dijamahnya. Dan aku pulak menumpu perhatian ke arah roti bakarku yang masih tinggal separuh dan menjamahnya. Keadaan kini sepi. Aku dan ibu masing-masing sedang enak menjamah makanan. Tiada kata untuk kami berbicara.
Seketika Cuma, dengan mulutku yang sibuk mengunyah, aku memandang sekeliling mencari kelibat seseorang, tetapi tidak kelihatan. Puas aku memerhatikannya. Tiada pun. Aku menjadi hairan. Kalau tak salah aku masa macam ni dia dah ada kat sini. Dekat meja makan ni! Lantas cepat-cepatku mengunyah dan menelan saki baki roti bakar yang ada dalam mulutku.
“ Bu……..” Ibu berhenti menyuap nasi ke dalam mulutnya apabila aku memanggilnya. Dengan pandangan mata yang tidak berkelip, ibu memandangku. Menunggu untuk aku berbicara.
“Isya tak nampak pun kelibat Fisya. Dia tak ke sekolah ke bu?” Aku bertanya kepada ibu meminta kepastian apabila kelibat satu-satunya adik manjaku, Nur Afisya atau panggilan manjanya Fisya tidak kelihatan.
Ibu ku lihat hanya tersenyum mendengar pertanyaanku. Hai, ibu senyum-senyum ni apahal? Lucu ke pertanyaan aku tadi?
“ Em…tulah Isya , bukannya nak ambik tahu sangat tetang adik Isya tu! Asyik dengan kerja Isya saja. Ambik cuti pun masih menumpukan perhatian dengan kerja pejabat Isya tu……..Kalau orang tak kenal Isya dan melihat gaya Isya ni, tentu mereka cap Isya ni gila kerja. Mana taknya ibu tengok anak-anak kawan ibu pun kerja macam Isya jugak, jawatan tu ada jugak yang sama macam Isya. Ibu tengok mereka taklah sibuk macam Isya ni! Siap lagi ibu tengok mereka berkepit siang malam dengan boyfriend mereka ke hulur hilir. Hah, sebab tulah sampai sekarang ni Isya tak kahwin-kahwin lagi. Sepatutnya umur macam Isya ni dah ada anak pun! Dua orang, paling tidak pun seorang dah!”
Ibu kulihat mencapai sebiji gelas dan menuangkan air kosong ke dalamnya selepas selesai berkata-kata. Lantas meminumnya. Mungkin penat kot sebab panjang sangat katanya. Tidak beberapa seketika terdengar lafaz lega dari mulut ibu. Tertelan air liur aku mendengar ibu berkata begitu.
Aduh, sudah terkena aku. Tak pasal-pasal dapat syarahan baik punya . Percuma pulak tu. Tak sanggup, tak sanggup. Aku menunduk kepala sambil tanganku mengaru-garu tudung kepala yang ku pakai walaupun tidak gatal.
“ Ada Fisya tu….dalam bilik . Tak bangun tidur agaknya la tu. Hari ini Fisya cuti, cuti peristiwa sebab semalam sekolah Fisya mengadakan hari kejohanan sukan sekolah.”Aku mengangguk tanda mengerti. Patutlah pun.
“ Semalam jugak kalau tak salah ibu, Isya ada tanya kenapa Fisya pakai baju sukan kan?”
Aku cuba mengingati pertanyaan ibu itu dan akhirnya aku mengangguk malu. Ibu hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat telatahku ini.
“ Hai. Isya…Isya. Pelupa betul kamu. Macam mana nanti masa temuduga tu nanti!”
Oppss……terkena lagi aku. Tanpa banyak bicara atau lebih tepat untuk menutup malu sendiri aku terus mencapai karipap dan memasuknya ke dalam mulut. Ibu terus-menerus memandang perlakuanku. Aku menjadi tak senang duduk. Alah, ibu ni pandang-pandang orang tak putus-putus ni,rasa semacam la pulak!
Seolah-olah dapat membaca isi hatiku, ibu kembali menjamah nasi lemaknya yang terbantut tadi dek pertanyaanku yang bodoh. Bodoh ke?
Kira-kira dua puluh minit berlalu aku meminta diri dari ibu untuk pergi ke tempat temuduga setelah aku selesai bersarapan pagi. Bagi aku sarapan pagi tu penting untuk memberikan tenaga kepada tubuh badan. Ditambah pulak aku ni menghidapi gastrik. Hah, kalau tertinggal makanan tu…..alamatnya sakit tahap nak mampus la perutku ini sampai terguling-guling kerana masuk angin.
Ku sempat intai jam dipergelangan kananku. Em….baru pukul 7.10 minit pagi. Awal lagi. Temuduga mula pukul 8.00 pagi.
Ibu hanya memberikan anggukkan saja dan berpesan kepadaku supaya berhati-hati semasa memandu. Kata ibu biar lambat sampai asal selamat diri tu. Aku ketawa dengan kata-kata ibu. Ibu pun turut sama ketawa .Mungkin ibu terasa kata-kata yang diucapnya lucu walaupun memang betul kalau difikir-fikir balik. Tapi memikirkan aku ingin menghadiri temuduga rasanya kalau sampai lambat ke tempat tu dan sah-sah nanti belum sempat nak menghadap penemuduga tu pasti kena reject awal-awal kerana tidak menepati masa. Kan masa itu emas. Kena tepat dan cepat.
Selepas bersalam dengan ibu, aku keluar ke garaj kereta dan menuju ke arah keretaku. Kereta kancil kesayanganku. Hasil titik peluhku kerah keringat tulang empat keratku untuk membelinya. Cewah…sampai macam tu sekali ke?
Dengan lafaz Bismillah aku memulakan perjalananku ke tempat temuduga itu.Dibenakku terlintas sekarang pelbagai bentuk soalan yang bakal ditanya kepadaku. Tapi cepat-cepat kulupakan sebab sekarang nikan aku tengah memandu. Tumpuan tu kan penting untuk kita memandu kereta. Kalau tak bukan saja merbahaya kepada aku malah kepada orang awam yang lain jugak.
“ Assalamualaikum…” Aku memberi salam kepada penemuduga setelah giliranku untuk ditemuduga sudah sampai.
“Waalaikumussalam “ Jawab kedua-dua penemuduga itu serentak. Nampaknya penemuduga aku kali ini pun kedua-duanya lelaki. Seorang didalam umur awal 30an dan seorang lagi di dalam umur lewat 40an.
Aku melemparkan senyuman kepada mereka. Senyuman ku dibalas dengan senyuman jugak oleh kedua-dua penemuduga itu.
“ Ok, cik boleh duduk di kerusi tu..” Arah penemuduga yang berumur awal 30an itu kepadaku.Aku tidak berkata apa-apa hanya menurut kata dengan duduk di kerusi yang menghadap kedua-dua penemuduga itu, Ada debaran didalam hati ini. Mana taknya inilah kali kedua aku ditemuduga selepas aku mendapat jawatan yang aku pegang sekarang ini. Selepas itu aku tak pernah menghadiri mana-mana temuduga pun,
Sebelum aku duduk dikerusi yang disediakan itu, aku menghulurkan dua fail yang mengandungi sijil-sijil aku berserta dengan resumeku sekali kepada mereka.
“ Em….boleh cik Nur Alisya ceritakan sedikit tugas cik Nur Alisya sebagai pembantu tadbir. Memandangkan dekat dalam resume cik ni menyatakan sekarang cik Nur Alisya bekerja sebagai pembantu tadbir N17 di dalam sebuah jabatan.” Penemuduga yang berumur lewat 40an itu bertanya kepadaku sambil dia memandang ke arahku untuk mendapatkan jawapan kepada soalannya, Sebelum aku menjawab soalan yang dituju kepadaku itu, aku sempat mengerling ke arah seorang lagi penemuduga. Dia meneliti dan menyelak fail yang mengandungi sijil-sijilku. Dari satu sijil ke satu sijil sambil kadang-kadang kelihatan dia mengangguk dan tersenyum.
“ Selama dua tahun saya bertugas dalam jawatan yang sekarang ini saya pegang tugas yang saya lakukan ialah menaip surat,merekod surat , serta menfailkan surat. Surat –surat yang telah siap direkod akan diberikan kepada ketua jabatan untuk diminit serta mengambil tindakan yang perlu.Selepas itu surat-surat tersebut akan difailkan setelah tindakan yang perlu diambik. Selain itu, saya jugak akan melakukan tugas yang diarahkan oleh ketua jabatan di tempat saya kerja dari semasa ke semasa.” Aku menjawab soalan itu dengan tenang. Tanpa ada perasaan gementar seperti mana aku mula-mula menjejakkan kaki ini ke dalam bilik temuduga.
“Itu saja?”
“ Kadang-kadang saya jugak ada menanggung kerja bagi pihak orang lain jika terdapat pekerja yang cuti bersalin ataupun sambung belajar sehingga menndapat pengganti yang baru.” Aku menambah dan melihat penemuduga tersebut mengangguk-angguk kepalanya.
“ Kenapa dulu cik Nur Alisya memintak jawatan sebagai pembantu tadbir bukannya terus kepada jawatan yang sekarang ini cik Nur Alisya mintak memandangkan waktu itu saya rasa cik Nur Alisya sudah pun memiliki segulung ijazah dalam bidang yang berkaitan berdasarkan tarikh yang terdapat dalam sijil cik Nur Alisya ini?” Bertanya pulak penemuduga yang awal 30an itu kepadaku sambil ku lihat dahinya berkerut mahukan jawapan dariku.
“ Apa yang tuan katakan itu betul. Kenapa saya mahu mintak jawatan yang lebih rendah dari kelayakkan yang saya miliki? Sedangkan saya pada ketika itu boleh saja terus mengisi borang kepada jawatan yang selayaknya dengan kelulusan akademik yang saya ada. Tapi saya tidak berbuat begitu kerana saya ingin menimba pengalaman dari bawah sebelum saya boleh mengecapi kejayaan dengan perasaan yang lebih bermakna. Mungkin orang-orang disekeliling saya akan menganggap saya ni bodoh kerana membuat keputusan sebegini.Bagi mereka kalau dari dulu saya mintak ke jawatan yang selayaknya dengan saya sudah pasti saya akan memiliki gaji dan kehidupan yang boleh dikatakan mewah tetapi bagi saya pengalaman itu penting. Biarlah kita bermula dari bawah kerana dari bawahlah kita akan berolah kejayaan yang kekal.Biar di mana orang letak kita nanti, kita boleh berdikari sendiri. Lagipun bukankah sebelum kita lahir kita tidak mengenal apa pun sehinggalah kita diajar satu persatu mengenali diri sendiri serta keadaan sekeliling yang penuh onak dan duri ini?” Aku menjawab dengan penuh semangat dan berhenti pulak dengan sebuah pertanyaan yang aku tidak memintak mereka untuk menjawabnya. Dan tidak memintak sesiapa pun memberikan jawapannya. Cukuplah jika seseorang itu mengerti dengan hati dan selami dengan jiwa.
“ Bagus….Pertama kali saya jumpa dengan seseorang yang mempunyai pendirian dan matlamat yang berbeza dari orang lain. Cik Nur Alisya ni nampaknya seorang yang mempunyai pandangan yang sangat jauh.”
Aku hanya tersenyum dengan kata-kata yang diungkapkan oleh penemuduga yang berumur lewat 40an itu. Penemuduga yang seorang lagi jugak mengangguk-anggukan kepala tanda mengiakan kata-kata kawan disebelahnya.Senyumku bukan untuk mendabik dada, senyumku hanyalah kerana mereka mengerti dengan pendirianku yang sesetengah orang menganggap aku ni bodoh dan pelik.
“Sebelum sesi temuduga ini tamat ada apa-apa lagi yang cik Nur Alisya ingin bertanya atau menyatakan sesuatu?”
“Ada tuan. Tuan berdua pilihlah saya,pasti saya tidak akan mengecewakan setelah mendapat jawatan ini nanti .” Aku berkata dengan mempromote diri sendiri. Lantaklah mereka nak kata aku gelojoh ke apa ke? Yang penting aku pasti akan melaksanakan tugas ku sehabis baik mungkin andai aku dapat jawatan yang dipohon ini.
“ Ada apa lagi selain apa yang cik nyatakan tadi?”
“ Tak ada tuan!”Jawabku ringkas.
“Kalau macam tu setakat ini dulu sesi temuduga kita cik Nur Alisya.Insya’Allah kalau ada rezeki cik Nur Alisya dengan jawatan yang dipohon ini maka adalah. Kalau tiada saya harap cik Nur Alisya tidak berputus asa untuk cuba memohon lagi jawatan ini. Usaha itu tangga kejayaan.” Berkata penemuduga yang berumur lewat 40an itu kepadaku.
“Insya’Allah saya tak kan berputus asa jikalau jawatan ini bukan milik saya. Terima kasih kepada tuan berdua kerana meluangkan masa untuk menemuduga saya.” Dengan kata-kataku itu aku bingkas bangun dari kerusi dan mengorak langkah untuk keluar dari bilik temuduga ini. Sebelum itu aku mengambil kembali dua fail yang mengandungi sijil-sijilku yang dihulurkan oleh penemuduga yang berumur awal 30an itu. Sebaris senyuman diberikan kepadaku oleh penemuduga tersebut. Aku membalas senyumannya itu. Tak salahkan? Bukannya ada apa-apa pun! Lagipun senyum itukan sedekah.Nanti kata pulak aku ni berlagak. Kan tak pasal-pasal kena tolak markah la pulak kan.Tak ke naya aku ni.Hehehe………
Dengan perasaan yang lega kerana aku telah pun selesai dengan temuduga yang dihadiri tadi, aku mengatur langkah demi langkah ke pejabatku yang berada di tingkat enam bangunan persekutuan.
“Assalamualaikum…..semuanya.” Aku memberikan salam kepada rakan-rakan sekerjaku. Sebaik sampai ke dalam pejabatku. Yang kebanyakkannya terdiri daripada wanita. Rata-rata umur mereka adalah tua dariku. Ada yang dah boleh gelar makcik pun ada. Tapi ada jugak bergelar adik.
“Waalaikumussalam……hah Alisya kamu dah balik dari temuduga tu? Macam mana boleh jawab?Apa soalannya?Kenapa kamu datang kerja hari ni?Bukankah hari ni kamu cuti?” Tu dia soalan bertubi-tubi seperti bertih jagung yang digoreng. Bersembur jugak air liur Kak Pah atau nama sebenarnya Latifah ataupun a.k.a CNN Malaysia bertanya kepadaku. Nama timbangan CNN Malaysia diberikan hanya kepada Kak Pah seorang kerana mulutnya yang becok macam murai tercabut ekor.
“Ok…Alhamdulillah….” Aku menjawab bersahaja.Sebenarnya aku malas la nak layan Kak Pah ni. Nanti ada ja berita yang entah apa-apa yang disampaikan.Kalau korang nak tahu,hah Kak Pah nilah yang kata aku ni bodoh sebab nama ja ada ijazah tapi jadi juga pembantu tadbir baik tak payah belajar tinggi-tinggi. Tapi aku buat tak kisah ja. Mulut orang kan bukannya mulut tempayan yang boleh ditutup.
“Ok ja?” Tanya Kak Pah dengan raut tak puas hati.
“Ooiiii…Pah o. Alisya tu baru ja sampai pejabat ni. Penat dia drive pun tak hilang lagi. Biarlah dia duduk-duduk dulu. Hilangkan penat tu. Baru la tanya. Ni tak yang kau pi tanya soalan yang macam-macam tu kat dia yang baru tiba tu kenapa….Pah oiiii………….” Kali ini aku mendengar Kak Imah ataupun nama sebenarnya Sarimah berkata membelaku. Aku tersenyum puas. Em..betul-betul apa yang dikatakan oleh Kak Imah tu. Aku baru ja sampai dah tanya soalan macam-macam.
“Dah la.Kau balik la kat meja kau Alisya. Jangan dilayan Kak Pah kau tu. Tiga hari tiga malam pun belum tentu habis dengan soalan-soalan dia tu.” Kak Imah berkata lagi . Aku masih membatu di situ. Tidak berani bergerak.Bukannya aku takut dengan Kak Pah, bukan. Aku sekadar rmenghormatinya memandangkan Kak Pah lebih tua dariku dan merupakan pekerja senior di sini.
“Yang kau tercegat kat sini lagi kenapa? Pi la balik kat meja kau tu….Hish….susah orang sekarang ni nak tanya pun tak boleh!” Kak Pah berkata sambil dia merungut. Setelah itu dia pun beredar dari situ. Kembali ke mejanya nun di hujung sebelah kiri ditepi tingkap.Semua orang di pejabat memandang tingkah laku Kah Pah dengan sebuah senyuman. Senyuman perli. Hehehe…..
Aku pun perlahan-lahan berjalan ke bahagian servis di mana mejaku berada.Sampai dimejaku kulihat sejambak bunga mawar putih berada betul-betul di tengah meja tempatku menjalankan tugas seharian. Aku menjadi terkejut.Tak pernah-pernah ada orang bagi bunga kepadaku. Tup…tup aku dapat bunga hari ni . Ajaib.
Ku capai bunga mawar putih tersebut dan memerhatikannya dengan hairan dan penuh tanda tanya yang bersarang dibenakku.
“Em….siapa ya yang bagi mawar ni kat aku?” Kataku perlahan kepada diriku sendiri sambil membelek bunga mawar putih tersebut.Mencari-cari , manalah tahu kalau pemberi bunga ini memberikannya disertai kad.
Dalam mencari-cari dan membelek-belek bunga tersebut, tiba-tiba ada benda yang terjatuh dari bunga mawar tersebut. Aku memandang benda yang terjatuh itu dan mengambilnya. Ternyata benda tersebut ialah sekeping kad. Tidak besar dan tidak terlalu kecil. Lebih kurang saiz ic.
Aku tersenyum. Nampaknya dengan adanya kad ini aku boleh mengetahui gerangan orang yang memberikan aku bunga mawar putih ini. Dengan hati yang berdebar-debar aku membuka kad tersebut dan membacanya dengan teliti.
Kepada……
Insan yang telah membius hatiku
Membuatkan aku dilamun panahan asmara yang tak bertepi
Siangku menjadi kelam , malamku menjadi hilang
Mengingatkan dirimu….seorang
Yang sebenar-benarnya,
Penunggu Hatimu.
Penunggu Hatimu? Hai siapalah pulak ni? Fuh powernya ayat. Berbunga-bunga betul!
Otakku berputar ligat memikirkan orang yang memberikan bunga ini. Tadi ingatkan bila ada kad boleh tahu siapa yang hantar tetapi lain pulak jadinya. Mamat mana pulaklah yang jadi sang penunggu ni?
Tu….tunggu dulu….Mawar putih?Siapa yang tahu aku suka mawar putih! Seingat aku orang yang tahu aku suka mawar putih hanyalah Fisya , ibu dan……..Zackree.Tapi takkan dia kot?Tapi kawan-kawan aku yang lain mana tahu aku suka bunga mawar putih. Bagi aku biarlah hanya orang yang terpenting bagiku yang tahu aku suka bunga mawar putih.Orang lain tidak perlu tahu.
Mungkin boleh jadi jugak !Dia tu tak kurang hebatnya dalam bahasa berbunga-bunga ni! Dua minggu yang lepas aku ada bertemu dengan Zackree. Pertemuan pertama kali setelah dua tahun berlalu. Itu pun kerana dia mengekoriku. Di mana aku mati-mati ingatkan pencuri atau perogol misteri. Masa tu kush semangat aku.
Tapi Zackree mana tahu aku bekerja dekat sini! Entah-entah dia ekori aku tak selama ini. Kalau dulu dia boleh ekori aku masakan tidak hari-hari yang lain jugak . Cuma aku saja yang tak perasan dengan kehadirannya. Mungkin!
Argh…..tak payahlah aku kusutkan kepalaku dengan hal ini. Akhirnya aku mengambil kata putus. Biarlah dan lantaklah kepada ‘Si Penunggu Hatimu’ni. Kalau dia nak tunggu, tunggulah jangan harap aku nak melayannya. Dan lambat laun aku akan tahu jugak siapa kau. Em…..anggukku penuh yakin.
Lantas kad tersebut ku renyuk dan membuangnya di dalam tong sampah yang berada berhampiran denganku. Tiada sebab untuk aku menyimpan kad tersebut jika aku tidak mengenali orangnya dan ditambah-tambah lagi kalau-kalau pengirimnya adalah dari Zackree.
“Hah kau ada di sini Isya. Aku ingatkan kau bercuti sebab menghadiri temuduga tadi. Tapi baguslah kau datang sini tadi ada orang dari kedai bunga menghantar bunga kat kau. Ada aku letak atas meja kau. Engkau tak dak tadi jadi aku pun sign bagi pihak kau.”
“Hish…..kau ni Mas….nasib baik aku tak dak sakit jantung. Kan tak pasal-pasal aku rebah dekat sini. Biasa la aku kerja mana boleh tinggal. Kan tak pasal-pasal berlambak kerja aku nanti. Anyway thank a lot .” Aku berkata separuh terkejut dengan Mas atau pun Nur Mastura nama sebenarnya yang datang tiba-tiba menyapaku.
“Hehehehe,….sorry la. Aku tak sengaja tadi. Cantik bunga….pakwe kasi ke?”
“ Banyak la kau punya pakwe . Kau macam tak kenal aku macam mana Mas…”
“ Aku kenal lah kawanku Alisya macam mana…….” Mas menjawab bersahaja sambil kening kirinya diangkat. Macam Ziana Zain la pulak.
“ Hah, tau tak pa…..nah ambiklah bunga ni aku tak mau lah….” Aku berkata sambil menghulurkan sejambak mawar putih itu kepada Mas.
“Kau biar betul? Mawar ni kau nak bagi kat aku Isya?” Mas berkata dengan nada yang tidak percaya.
“ Betulah. Ambiklah….” Aku menghulurkan bunga mawar putih tersebut sekali lagi kepadanya. Kali ini Mas mengambil mawar putih itu dan menghidunya dengan penuh asyik. Macam tak pernah menghidu bunga……hehehe…..
“ Sebelum kau beredar ke meja kau Mas ,aku nak tanya sikit Kak Pah tahu ke yang aku dapat bunga ni?”Aku bertanya kepada Mas yang asyik dengan bunga mawar putih itu. Aku takut kalau Kak Pah tahu pasti kecoh satu office ni dengan penangan mulutnya itu.
“ Tak tahu….masa florist tu datang waktu rehat. Semuanya dah keluar pergi makan, tinggal aku ja yang tak keluar rehat nak habiskan menaip surat yang di suruh oleh ketua jabatan kita ni” Mas berhenti dari keasyikkan bunganya yang dapat free dari aku pun yang dapat free dari orang yang tak dikenali.
“ Em…..baguslah….Kalau tak habis la aku dengan gossip Kak Pah.” Aku berkata dengan penuh kelegaan. Mas mengukir senyuman penuh makna dengan kata-kataku itu. Aku jugak tersenyum.
Setelah itu Mas pun beredar ke mejanya yang berada disebelahku. Aku pulak duduk dimejaku dan mula menjalankan tugas-tugas harian yang perlu diselesaikan.Dan persoalan mengenai bunga mawar putih pun mati di situ.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan