8
Aku sampai ke Village Corner. Dari luar melalui cermin kaca Village Corner aku melihat Fariz telah pun berada di dalam restoren tersebut. Sedang asyik menikmati secawan minuman panas dengan matanya tertumpu pada lembaran surat khabar ditangannya.
Nampaknya Fariz masih lagi tidak menyedari kehadiranku disini. Aku memandang pulak taman bunga berhampiran dengan Village Corner itu, ternyata aku masih belum melihat kelibat Zackree di situ. Jam dipergelangan kanan kulihat. 9.58 pagi. Dua minit lagi waktu menunjukkan pukul 10.00pagi.
Seawal pukul 8.00pagi tadi aku cuba menelefon Zackree mahupun Fariz tapi ternyata panggilan yang ku buat tidak mendapat balasan dari pihak mereka. Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi sila cuba sebentar lagi. Ayat itu sahaja yang kedengaran apabila aku cuba untuk menelefon mereka. Jenuh aku dibuatnya. Mahu tak mahu aku perlu jugak berjumpa dengan salah seorang dari mereka. Fariz atau Zackree aku belum memutuskan untuk bertemu siapa. Biarlah aku memutuskan nanti bila berada ditempat yang dijanjikan.
Kalaulah boleh mahu saja aku panggil doraemon untuk mengeluarkan alatnya supaya aku boleh berjumpa mereka serentak. Tetapi doraemon tidak wujud di alam nyata. Ianya hanya salah satu fantasi serta rekaan pencipta dan penulisnya hanyalah untuk hiburan semata-mata tiada kena mengena yang hidup atau pun yang sudah mati .
Aku dengan langkah yang serba salah yang bersarang dijiwa.Menolak pintu masuk Village Corner. Ting….tong. Irama itu kedengaran apabila aku telah pun masuk dan pintu masuk Village Corner tertutup. Dengan berbunyinya irama itu, aku melihat Fariz memandang ke arah pintu masuk. Mata kami bertembung. Fariz menghadiahkan aku sebuah senyuman yang manis. Lesung pipit di kedua-dua belah pipi miliknya jelas kelihatan. Hatiku merasakan kelainan apabila menerima senyumannya itu. Aku membalas senyumannya dengan senyumanku.
“Em…tepat-tepat pukul 10.00pagi.” Fariz berkata kepadaku setelah matanya melihat jam dipergelangan kirinya. Aku yang tiba dimejanya berada hanya tersenyum. Tanpa disuruh aku menarik kerusi berhadapan dengan Fariz dan duduk diatasnya. Fariz hanya melihat tingkahku tanpa kata. Surat khabar yang dibacanya , dilipat dua dan diletakkan ditepi meja.
“ Alisya nak pesan apa?” Fariz bertanya kepadaku.
“ Milo ‘O’ suam.”
“ Makan?” Fariz bertanya kepadaku sekali lagi apabila aku hanya memesan milo ‘O’ suam.
Aku menggeleng kepala tanda tidak mahu. “ Dah makan tadi dekat rumah….”
“ Oh I see..” Fariz membalas. Tangannya digamit kepada seorang budak lelaki yang mengambil pesanan. Budak lelaki tersebut datang ke meja kami. Lantas minumanku diorder.Setelah itu budak lelaki tersebut beredar bersama pesanan yang diambik.
“ Terima kasih kerana sudi menerima ajakkan saya ni.” Fariz memulakan bicara.Aku hanya mengangguk tanpa berkata. Mataku menghala ke arah taman bunga dari dalam Village Corner. Kelibat Zackree masih belum kelihatan disitu.Memandangkan kedudukan meja kami ditengah-tengah aku dapat melihat taman bunga yang berada di arah belakang Fariz dengan jelas. Lagipun taman bunga tersebut tidak jauh dari Village Corner. Jalan ja beberapa langkah dah sampai.
“ Awak ada call saya tadikan. 18 misscall. Sorry, saya caj bateri handphone saya tadi. Selalunya bila saya caj bateri saya akan offkan handphone.” Kini baruku tahu kenapa dari tadi aku tidak dapat menghubungi Fariz.
“Iya..”
“ Iya. Ada hal ke Alisya call saya tadi? Ada jugak bila saya on kan handphone.,saya ada call Alisya tapi tak dapat.” Fariz bertanya kepadaku. Eh, biar betul Fariz ada call. Tak dengar deringan dari handphoneku tadi pun. Lalu aku menyelongkar ke dalam handbagku mencari sesuatu.
“ Sorry la. Handphone saya dah habis bateri.” Aku berkata kepada Fariz apabila handphoneku yang kuambik di dalam handbag kulihat skrinnya kosong. Puas aku tekan punat on. Yang tertera di situ hanyalah lambang bateri yang lemah dan plukk…..skrin terpadam sekali lagi. Apasallah aku tak caj bateri semalam. Bisikku didalam hati dengan kealpaanku sendiri.
“Hahaha….lawak awak ni Alisya.” Fariz ketawa sambil matanya tepat memandang ke arahku. Aku menundukkan wajahku, malu. Malu bukan kerana kata-kata Fariz tetapi malu dengan panahan matanya yang tepat ke mataku. Datang seorang budak perempuan menghantarkan secawan milo yang dipesan tadi dan meletakkan milo tersebut di atas meja kami. Mata Fariz yang memandangku beralih ke arah budak perempuan tersebut.
Sebelum budak perempuan itu beredar, kulihat budak perempuan tersebut tanpa segan silu menghadiahkan senyuman buat Fariz. Fariz membalas senyuman budak perempuan tersebut dan mengucapkan thank you kerana menghantarkan milo yang dipesan. Dengan hati yang berbunga mungkin, budak perempuan itu pun beredar dari meja kami. Yang peliknya budak perempuan tersebut sikit pun tak memberikan senyuman dekat aku.Dia buat don’t know ja . Dah sah-sah yang budak perempuan tu berkenan sangat ngan Fariz ni.Em….. kan betul Fariz ni banyak peminat.
“ Alisya….” Fariz memanggil namaku sambil ditolaknya milo ‘O’ suam ke arahku. Aku yang tadi asyik memandang budak perempuan tadi berpaling ke arahnya. Saja ja aku memerhati budak perempuan tersebut melayan customer yang datang ke Village Corner ni. Dalam melayan customer yang ada , sempat kulihat budak perempuan tersebut melirik pandang ke arah kami. Atau lebih tepat ke arah Fariz. Apabila mata aku dan budak perempuan tersebut bertembung, dia cepat-cepat mengalihkan pandangannya. Mungkin malu kot dengan tindakkannya itu yang dapat kutangkap.Hehehe…
“ Em….” Aku mengiakan panggilannya. Milo ‘O’ suam kuhirup. Setelah itu aku letakkan kembali diatas piringnya. Fariz hanya memandang tingkahku itu.
“ Actually apa sebabnya awak tarik tangan saya hari tu , Alisya?”Fariz mula melontarkan soalannya. Aku yang mendengar tertelan air liur. Terkedu! Kejadiaan aku menarik tangan Fariz terbayang dikotak minda. Malu rasanya bila mengingatkan kejadiaan tersebut. Aku memandang Fariz. Diwajahnya kulihat Fariz menunggu jawapan dariku.
“ Se..sebenarnya saya ingatkan awak yang selamatkan saya dari cekaman seorang lelaki dekat tempat meletakkan kereta berhampiran dengan BSN (Bank Simpanan Nasional)tempoh hari…” Aku menjelaskan situasi sebenarnya kepada Fariz.
“ Oh… I see.” Fariz mengangguk. Aku memandang ke arah milo yang berada didepanku dengan pandangan yang kosong. Malulah nak pandang wajah Fariz saat ini apabila mengingatkan kejadian aku menarik tangannya tiba-tiba yang lepas itu…….
“ Ooo…awaklah ya…” Fariz menyambungkan katanya sambil dia ketawa. Aku yang memandang miloku terus mengalihkan pandangan ke arahnya. Tidak faham dan tidak mengerti dengan kata-katanya itu. Seolah-olah memahami reaksi yang ditunjukkan olehku Fariz bersuara.
“ Awaklah yang saya selamatkan hari tu…Hehehe…kiranya tak salah awak tarik tangan saya tu. Dah betul dah orangnya saya……”
“Really???” Aku bertanya terkejut.
“Emmm……sebab tulah saya ingin bertemu dengan awak nak dapatkan kepastian….hari tu saya macam dah perasan awak yang saya tolong. Belum sempat saya nak kata apa-apa awak dah jalan laju tinggalkan saya . Nasib baik kertas awak tercicir , adalah jugak alasan saya nak berkenalan dengan awak, Alisya.…” Aku memandang ke arah Fariz tanpa kata apabila mendengar pengakuannya itu.
“ Hari tu jugak saya nak tanya dekat awak….tapi tiba-tiba saja dapat panggilan penting. Jadi saya mintaklah nombor telefon awak untuk mengadakan temujanji seperti hari ni dan untuk hari-hari yang seterusnya…hehehehe….” Akhirnya aku tersenyum. Maknanya orang yang aku tarik memang tak syak lagi, Fariz ya Fariz Daniellah orangnya . Seorang lelaki yang telah menyelamatkan aku dari Zackree tempoh hari.
“ Terima kasih.”
“ Terima kasih? Untuk apa??” Fariz bertanya hairan.
“ Terima kasih kerana menyelamatkan saya tempoh hari. Kalau awak tiada entah apa yang dah jadi dengan saya hari tu…..” Fariz tersenyum lagi. Kepalanya diangguk-anggukkan tandanya dia mengerti.
“ Cepat tul awak hilangkan diri hari tu….cam magic la pulak. Tak sempat nak bertanya empunyanya diri tu siapa nama…..”
“ Kan dah tahu…….” Fariz berkata sambil ketawa.
“ Ya lah dah tahu pun….Fariz Daniel ….” Aku pulak mengiakan dan turut ketawa. Aku menyedari ramai mata memandang ke arah kami pelik! Dan budak perempuan yang menghantarkan minuman tadi pun turut memandang ke arah kami. Kelihatan bibirnya mencebik… Hahaha…cemburu la tu…Ada jugak perempuan spesis macam ni dekat Village Corner. Hatiku berdetik.
Ketawaku berhenti apabila aku memandang ke luar ke arah taman bunga. Aku melihat kelibat Zackree disitu. Disisinya ada seorang budak perempuan dalam lingkungan umur satu atau dua tahun. Aku melihat Zackree memerhati ke kiri dan setelah itu ke kanan. Mungkin dia mencari dan menanti kedatanganku. Aku tidak menyedari bila yang Zackree berada di taman bunga tersebut. Alih-alih dah ternampak dia dengan seorang budak. Siapa ya budak tu????
“ Kenapa Alisya?” Fariz bertanya kepadaku apabila tiba-tiba ja aku berhenti ketawa.
“ Kenapa? Hehehe… tak ada apa-apalah.” Aku cuba menyangkal soalannya itu. Buat beberapa ketika kami masing-masing mendiamkan diri. Tiba-tiba handphone Fariz berdering menyedarkan kesunyian kami. Fariz cepat-cepat mengambil handphone dari kocek seluarnya. Dia memberikan isyarat kepadaku untuk beredar sebentar bagi menjawab panggilan telefon tersebut. Aku mengangguk. Dan menghantar pemergiannya dengan pandangan mata yang tidak berkelip.
Di suatu sudut jauh dari pendengaran orang, aku melihat Fariz khusyuk menjawab panggilan telefonnya. Sesekali Fariz memandang ke arahku dan dia membuatkan isyarat tangan menyuruh aku menunggunya. Aku mengangguk lagi dengan isyarat yang diberikan olehnya itu..
Aku mengalihkan pandanganku ke arah luar , ke arah taman bunga sekali lagi. Kali ini aku melihat Zackree bertinggung menghadap budak perempuan tersebut seolah-olah ingin memujuk budak perempuan itu. Aku melihat lagi Zackree mengunjukkan empat biji belon bertali berbentuk hati dan bulat yang berwarna merah, kuning, biru dan putih kepada budak perempuan tersebut. Tetapi budak perempuan itu menggeleng-gelengkan kepalanya tidak mahu belon yang disuakan oleh Zackree kepadanya. Lantas dia berlari ke arah lain dan Zackree bangun mendapatkannya.
Aku melihat jam dipergelangan tangan kananku. Pukul 10.55 pagi. Aku memandang semula ke arah Zackree. Kali ini, Zackree mendukung budak perempuan tersebut sambil tangan kanannya menelefon seseorang.Selepas itu dia memasukkan kembali handphonenya ke dalam kecok seluar beberapa ketika . Tiada pergerakkan bibir kulihat dimulutnya. Menandakan tiada percakapan dari orang yang ditelefon oleh Zackree.Aku tahu pasti dan tersangatlah pasti yang Zackree sedang menelefonku. Hatiku tiba-tiba ditimpa perasaan yang serba salah kepadanya. Agaknya apa hal yang penting Zackree ingin bertemu denganku.
“ Maaf , Alisya saya terpaksa pergi dulu sebab ada hal penting yang nak saya uruskan.” Fariz datang kepadaku dengan tergesa-gesa. Aku memandang ke arahnya dengan dahi yang berkerut.
“ Lain kali kita bertemu lagi…Air minuman dah pun saya bayar. Ok bye Alisya nice to meet you …Sorry sekali lagi. Assalamualaikum….”
“ Ok… nice to meet you too.Waalaikumussalam” Dengan kata-kataku itu, Fariz berlalu pergi sekali lagi seperti pertama kali kami berjumpa. Lagipun siapalah aku untuk menghalangnya dari pergi.
Aku memandang kosong ke arah milo suamku yang telah sejuk. Lantas ku bangun dari kerusi. Apa perlu lagi aku berada di Village Corner jika orang yang mengajakku bertemu sudah beredar pulang. Aku mengeluh kecil.
Setelah aku keluar dari Village Corner, aku mengalih pandang ke arah taman bunga lagi buat kali yang ke berapa entah. Zackree masih di situ. Aku melihat dia mendukung budak perempuan tersebut sambil salah satu tangannya menepuk-nepuk manja belakang budak perempuan itu.
Ringan sahaja langkahku bergerak pergi untuk mendapatkan Zackree. Terasa diriku bersalah sangat-sangat kepadanya, Aku tidak mahu menghampakan Zackree yang mungkin telah menungguku lama di taman bunga tersebut. Mungkin inilah adalah jalan keluar yang Allah S.W.T berikan kepadaku supaya tidak menghampakan Fariz ataupun Zackree.
Mana taknya aku dapat bertemu dengan Fariz walaupun tidak lama dan sekarang aku akan bertemu pulak dengan Zackree walaupun ku tahu aku telah lewat dari masa yang telah ditetapkan.
“ Assalamualaikum….” Aku memberikan salam kepada Zackree apabila aku telah berada betul-betul dibelakangnya. Aku dapat melihat budak perempuan yang didukung oleh Zackree dengan jelas. Budak tersebut tersenyum ke arahku. Aku membalasnya dengan senang hati. Comel sungguh budak perempuan tersebut. Zackree berpusing ke arahku .
“ Waalaikumussalam….Alis….Ingatkan kau tak datang tadi….Sudah banyak kali aku cuba call kau tapi asyik operator telefon ja yang jawab……” Zackree menjawab salamku serentak sekali dengan soalannya yang ku rasa straight to the point..
“ Bateri saya ‘kong’lah….Handphone terpadam…. Sorry lewat. Ada hal tadi.”Aku berkata menjawab pertanyaannya itu. Itu saja jawapan yang sesuai untuk kuberikan. Zackree mengangguk-anggukkan kepalanya tanda mengerti.
“ Tak pa…janji kau datang jugak….hehehe…sempat lagi ni….” Zackree berkata. Kali ini dia menurunkan budak perempuan tersebut. Aku hanya memandang tingkahnya. “ Damia…pergi salam auntie Alis……” Aku mendengar Zackree mengarah budak perempuan yang bernama Damia itu menyalamiku. Damia hanya menurut saja dengan arahan Zackree tanpa banyak kerenah. Terkedek-kedek budak itu mendapatkanku untuk disalam. Dia menghadiahkan aku sebuah senyuman. Menampakkan lagi kecomelan Damia. Aku mengusap-usap lembut rambut Damia yang panjang diikat kemas itu.
“ Sempat???Em….ada apa hal penting yang awak nak jumpa saya ni Zack??? Budak perempuan yang bernama Damia ni siapa???” Aku bertanya bertubi-tubi kepada Zackree dengan wajahku yang berkerut inginkan jawapan. Zackree tidak berkata apa-apa tetapi hanya mengamit ke arah Damia untuk pergi kepadanya.
Damia yang memakai gaun paras lutut terkedek-kedek lagi pergi mendapatkan Zackree. Setelah itu Zackree memeluk erat Damia disisinya.
“ Damia ni anak aku dengan bekas isteriku, Atia. Hari ni merupakan birthday Damia. Maka genaplah umur Damia dua tahun hari ini. Tujuan aku ingin bertemu dengan kau sebab nak sambut birthday Damia bersama-sama. Sejak beberapa hari ni Damia asyik merengek-rengek ja rindukan ibunya. Puas aku memujuknya. Tetapi dia tetap macam tu…Aku dah tak tahu nak buat macam mana lagi….” Zackree bersuara dengan menyatakan yang Damia itu anaknya dan menceritakan situasi yang sebenarnya kepadaku.
Kini baruku mengerti. “ Mana bekas isteri awak Zack??”
“ Aku pun tak tahu. Setelah aku menceraikannya, dia terus meninggalkanku dan Damia. Ada jugak aku cuba mencarinya tetapi , aku gagal mengesannya di mana….” Zackree menjawab pertanyaanku dengan suara yang berat. Dia mengeluh.Seolah-olah mengalami keperitan yang amat dalam. Aku beralih pulak memandang Damia yang tidak lagi berada disisi Zackree, tetapi Damia terkedek-kedek mengejar rama-rama yang terbang menghinggapi bunga-bunga yang berwarna warni disini sambil ditangannya memegang erat belon bertali yang tadi dipegang oleh Zackree. Tetapi sekarang ini beralih pulak kepada Damia.
“ Jadi awak harap dengan kedatangan saya ni, akan melempiaskan rindu Damia terhadap ibunya?” Aku bertanya lagi kepada Zackree. Zackree mengangguk.Aku memandang tepat ke arah matanya.
“Kenapa saya?”
“ Papa…papa kata nak sambut hari lahir Mia….papa kata nak beli mia kek besar…mana??” Damia merengek-rengek mendapatkan Zackree. Belon bertali yang dipegangnya terlepas. Dan belon itu terbang ke langit di bawa angin. Soalan ‘kenapaku’ dibiar sepi oleh Zackree. Kerenah Damia itu ku perhati.
“ Ha, auntie ni ke yang nak sambut hari lahir Mia…..Mia suka ngan auntie ni. Cantik…..macam ibu…….” Kali ini Damia pulak mendapatkan aku sambil tangan kecilnya menarik tanganku. Aku tersenyum dengan tingkah laku Damia yang petah dan cergas itu. Baru dua tahun dan pandai bercakap. Zackree mengangguk-angguk tanda mengiakan kata-kata Damia. Jelas kelihatan sifat kebapaan dalam diri Zackree melayan keranah anak kecilnya yang seorang itu, Damia.
“ Macam mana , Alis???” Aku mati kutu dengan pertanyaan Zackree itu. Aku memandang Damia yang menarik-narik tanganku , isyarat menyuruhku bergerak. Aku tahu Damia ingin menyuruhku mengikutnya. Maknanya menyambut hari lahirnya bersama-sama papanya, Zackree dan aku. Bagi tidak menghampakan budak kecil seperti Damia yang kehilangan kasih ibu dan masih hijau untuk mengerti apa-apa, aku menurut. Dan Damia menarikku pergi mendapatkan Zackree yang hanya beberapa langkah dariku.
“Thank you…Alis” Itu saya yang diucapkan Zackree kepadaku. Dengan itu kami pun berjalan beriringan dengan Damia berada ditengah-tengah antara kami sambil tangan kecil Damia satu memegang tanganku dan satu lagi memegang tangan Zackree. Seolah-olah kami ni macam sebuah keluarga yang bahagia……

Tiada ulasan:
Catat Ulasan