6
“Ha, Alisya ni ada florist datang nak bagi bunga kat engkau….” Kedengaran suara Kak Pah jelas. Dia menghadap ke arah mejaku. Bila masa dia datang pun aku tak tahu.Florist bagi bunga kat aku maksudnya…………aku sempat mengerling ke arah Mas yang berada di meja sebelahku. Kelihatan Mas menjungkit bahunya. Tanda tak tahu.
“ Florist?”aku bertanya ingin mendapatkan kepastian daripada Kak Pah. Dahiku berkerut memandangnya.
“ Ya la…..” Mendatar saja jawapan yang diberikan oleh Kak Pah. Macam tak puas hati ja Kak Pah ni, hai……
“ Em…cik Nur Alisyakan?” Tiba-tiba terjengul wajah seseorang yang aku tak kenal dengan sejambak bunga mawar putih ditangannya bersama-sama clip board. Tak payahlah nak perkenalkan diri aku sudah tahu dia tu pasti florist yang dimaksudkan oleh Kak Pah.
“ Ya, saya…” Aku mengiakan. Kak Pah yang berada didepanku tidak berkata apa-apa hanya memandang ke arahku seperti patung dengan mata berkelip-kelip.
“ Ini bunga untuk cik Nur Alisya. “ Florist itu mengunjukkan bunga mawar putih itu kepadaku. Aku mengambil tanpa banyak kata.
“ Dan cik sila sign di sini ….” Florist itu menunjukkan tempat yang perlu aku tandatangani setelah bungannya ku terima dengan menyuakan clip board kepadaku. Setelah siap aku tandatangani , aku mengucapkan terima kasih kepada florist tersebut. Dia pun beredar pergi.
Tidak berkelip mataku memandang bunga mawar putih yang baru aku dapat sebentar tadi. Mas yang berada dimejanya telah datang ke tempatku. Keningnya dijungkitkan seolah-olah bertanya kepadaku bunga tersebut daripada siapa. Aku yang faham dengan isyaratnya hanya menggelengkan kepala tanda tidak tahu. Kak Pah yang dari tadi seperti patung beredar pergi,mungkin ke tempatnya tanpa kata. Aku dan Mas menjadi pelik pulak dengan Kak Pah ni. Mana taknya Kak Pah yang penyibuk ni diam seribu bahasa. Tiada soalan yang ditanya. Hairan jugak kami dibuatnya. Dah bertaubat kot….Aku mentelah sendiri.
“ Amboi…Isya dah dua kali kau dapat bunga ni. Cemburu aku dibuatnya.” Mas berkata bersahaja. Matanya memandang ke arah bunga mawar putih yang aku pegang.
Memang betul kata Mas dah dua kali aku dapat sejambak bunga mawar putih ni.Kali pertama tiga hari yang lepas dan kali kedua adalah hari ini. Mungkinkah pengirim yang sama???
Aku membelek-belek di celahan bunga mawar putih tersebut satu persatu untuk mencari kad yang disertakan bersama-sama dengan bunga mawar putih ini. Tapi tiada. Pelik jugak!
Bagi mendapatkan kepastian yang jitu, aku mengulang perbuatan yang sama. Mas memandang tanpa kata perbuatanku itu. Memang betul tiada kad sepertimana sejambak bunga mawar putih yang aku dapat dulu. Aku mengeluh kecil.
“ Kenapa?” Mas bertanya kepadaku sambil tangan kanannya memegang bahuku.
“ Kenapa, apa?” Aku pulak menyoal Mas dengan soalan jugak. Macam orang bodoh.
“ Hish kau ni…aku tanya kau, kau tanya balik dekat aku Isya. Kenapa kau mengeluh macam ni? Dapat bunga pun kau mengeluh. Kalau aku dapat bunga macam kau, Isya …pasti aku gembira sangat-sangat.” Mas berkata dengan penuh semangat.
“ Oh……” Aku menjawab ringkas faham dengan pertanyaan ‘kenapa’ oleh Mas tadi.
“ Oh ja?”Mas bertanya lagi mungkin dia tak puas hati dengan jawapanku itu. Aku tak menyalahkan Mas bila dia bertanya begitu.
“ Oh baru aku tahu….Kau suka bunga ke Mas?? Tak pa nanti aku bagi tau dekat Fauzi suruh hadiahkan kau bunga tiap-tiap hari….”
“ Ke situ pulak la kau ni Isya……” Mas berkata malu. Mukanya kulihat sudah merah padam bila ku usik dia dengan Fauzi. Aku tersenyum kambing kepadanya. Hah, baru tahu bila kena sakat saja dengan Fauzi mulalah nak malu-malu kucing. Aku tahu Mas menyukai Fauzi, office boy pejabat sebelah. Cuma Mas yang tak berani nak luahkan isi hatinya dekat Fauzi tu. Katanya takutlah, malulah… Mana ada perigi cari timbalah dan macam-macam lagi ayat-ayat yang keluar dari mulut Mas apabila aku menyuarakan pendapat kepadanya supaya meluahkan saja isi hatinya kepada Fauzi. Mana lah tahu nanti terlepas pulak Fauzi tu kat perempuan lain mau taknaknya menangis tak berlagu si Mas ni. Tapi Mas buat ‘dek’ ja dengan pendapat aku tu. Dan sampai ke hari ni Mas tak berani-berani lagi meluahkan perasaan hatinya yang sememangnya kami tahu dari sumber-sumber yang boleh dipercayai si Fauzi tu masih belum disunting mana-mana bunga.
“ Aduh, sakitlah Mas!” Aku menjerit kecil apabila satu cubitan yang sesangatlah berbisa dari Mas hinggap dilengan kiriku. Mas hanya tersengih dengan jeritanku itu.Tempat yang dicubit oleh Mas kusapu-sapu dengan tangan agar bisanya segera hilang.
“ Kalau macam ni aku cancellah nak bagi bunga ni kat engkau……” Aku berkata seolah-olah merajuk dengan Mas. Biar dia ingat aku terasa hati dengan perbuatannya kepadaku. Walaupun hakikatnya sikit pun aku tak kisah.
“ Kau nak bagi bunga tu dekat aku Isya? Betul ke??” Mas bertanya penuh teruja.
“ Em….dah tak jadi dah. Baik aku bagi dekat Kak Pah sekurang-kurangnya tak lah dia cubit aku macam kau cubit aku ni……” Aku berkata bersahaja. Bunga mawar putih itu aku perhati dengan pandangan yang kosong.
“ Ala…ala…ala merajuk pulak kawan aku seorang ni…. Maaf lah Isya. Tu lah engkau kaitkan sangat aku dengan Fauzi tu. Terautomatiklah tangan aku ni mencubit kau tu….” Mas berkata memujukku yang tengah buat-buat merajuk sambil tangannya mengeletek dipinggangku yang sememangnya sensitif dalam bab-bab digeletek ni. Geli.
“ Opss…dah..dah Mas……Geli la…..” Aku berkata dengan suara yang kegelian akibat digeletek oleh Mas.
“ Engkau merajuk dekat aku lagi tak?” Kata Mas sambil tangannya terus menerus mengeletek dipinggangku. Aku mengeleng-geleng kepala berulang-ulang kali menandakan yang aku tidak merajuk lagi dengannya. Sememangnya mana ada aku merajuk pun. Hehehehe….. Melihat aku mengeleng begitu Mas menghentikan perbuatannya mengeletek aku.
“ Ambiklah bunga mawar ni…” Aku menghulurkan bunga mawar putih itu kepada Mas. Aku tahu Mas pasti suka punya. Masa bunga mawar putih yang aku dapat hari tu pun aku bagi dekat Mas dia asyik ja membelek dan mencium berulang-ulang kali bunga tersebut. Kali ini kalau aku bagi entah apa pulak yang dibuatnya.
“ Nak bagi aku lagi ke?” Mas bertanya hairan untuk mendapatkan kepastian.
“ Ha’ah ….ya lah. Nak bagi dekat engkaulah. Kau suka kan?” Aku mengiakan dengan kata-kata Mas itu.
“ Tak marah ke secret admirer kau tu dekat aku nanti sebab engkau bagi bunga yang dia kirim ni dekat aku?” Mas bertanya lagi tidak berpuas hati.
“ Dah nama pun secret admirer kan? Jadi tak payahlah aku nak terima bunga dari orang yang tak aku kenali Engkau bukan tak tahu.aku bukannya suka nak terima bunga ataupun apa-apa barang dari orang yang tak bernama dan tak langsung aku kenal orangnya macam mana……Lagipun kita bukannya nampak reaksi wajahnya macam manakan?Tak payah risaulah….biar la dekat secret admirer tu nak marah ke apa ke, aku bukannya buang pemberian dia dalam tong sampah aku bagi dekat orang…Kan satu kebaikkan tu dapat menyenangkan hati orang lain . Macam kau Mas . Hahahaha…Maka tak rugilah duitnya berhabis membeli bunga ni!”
Mas hanya mengangguk dan tersenyum dengan kata-kataku. Dia tanpa banyak kata lagi mengambil bunga mawar putih yang aku hulurkan kepadanya .
“ Terima kasih, rugi lah engkau tak nak bunga ni. Cantik tau. Putih, bersih, wangi…em….kalau aku ada secret admirer macam engkau nie…untungnya. Hari-hari dapat bunga. “ Ngomel Mas apabila dia sudah kembali ke tempat kerjanya bersama-sama bunga mawar putih tersebut.
“ Ya la tu Mas………” Mendatar saja aku menjawabnya. Entah dengar entah tak si Mas ni dengan kata-kataku apabila kulihat Mas khusyuk saja menyambung kerjanya yang terbantut dan bunga mawar putih yang ku berikan kepadanya diletakkan di atas meja sebelah kirinya. Em… sibuk sangat la tu. Mas, Mas.
Aku memakirkan kereta kancil kesayanganku berhampiran dengan pasaraya. Sebelum pulang ke rumah daripada tempat kerja, Ibu telah berpesan kepadaku untuk singgah di pasaraya membeli mee dan sos cili. Kata Ibu, dia ingin menyediakan mee goreng untuk sarapan pagi keesokkan harinya. Aku hanya menurut saja pesanan ibu itu.
Sebelum keluar daripada kereta, aku menyelongkar beg tanganku dan mengeluarkan dompet berserta handphone. Aku lebih senang hanya membawa dua barang itu daripada mengalas handbag. Simple . Nanti di depan kaunter bayaran tak payahlah kelam kabut menyelongkar untuk mencari dompet lagi di dalam handbag. Silap-silap haribulan dompet yang dicari tak jumpa. Sebab banyak sangat barang-barang dalam handbag tu. Payung ada, buku nota ada, kakulator ada , kunci rumah serta bermacam-macam lagi persis poket doraemon. Hehehe. Bak kata orang sediakan payung sebelum hujan.
Selangkah aku berjalan untuk menuju ke pasaraya. Tiba-tiba bahuku dilanggar oleh seseorang. Dompet dan handphone yang kupegang terjatuh di atas jalan tar. Aku membongkok untuk mengambil kembali dua barang aku yang terjatuh itu. Belum sempat aku mengambil dompetku tiba-tiba ada tangan lain dahulu yang menyambarnya dan berlari pergi. Laju persis angin. Aku bingkas bangun dan dapat melihat ada seseorang lelaki telah melarikan dompetku itu. Aku tidak menunggu lama, lalu aku berlari jugak mengejar lelaki yang membawa lari dompetku itu sambil berteriak memintak tolong, dompet saya kena curi.
Lagi laju aku kejar pencuri itu, lagi laju pulak dia berlari. Aku menjadi keletihan. Tidak berdaya lagi kaki aku untuk berlari. Aku berhenti kepenatan. Pencuri yang mencuri dompetku itu semakin lama semakin jauh dari padangan mataku.Tidak terkejar aku dengan kelajuannya. Aku pasrah mungkin dompetku bersama-sama kad pengenalan,lesen memandu berserta kad ATM tidak dapat di selamatkan lagi.
Dalam aku ingin menyerahkan semua ini kepada nasibku, aku terasa ada seseorang lelaki dari belakangku berlari. Melintas dihadapanku dan mengejar pencuri terbabit sambil berteriak. Memintak lelaki itu berhenti. Aku hanya memandang dari jauh lelaki itu mengejar pencuri tersebut. Apabila pencuri yang mencuri dompetku itu membelok memasuki sebuah lorong lelaki tersebut jugak turut mengejarnya.Aku hanya melihat saja adegan itu. Di saat ini tidak terlintas untukku berbuat apa- apa lagi. Aku masih terkejut dengan kejadian yang tak disangka-sangka ini. Di dalam hatiku, aku berdoa kepada Tuhan berharap dompetku bersama-sama benda yang penting didalam itu akan kembali kepadaku semula.
Aku duduk ditepi tebing longkang untuk menghilangkan penat akibat daripada berlari tadi. Mataku menatap handphone yang berada di dalam gengaman tangan kananku. Sepi.Nasib baik aku sempat mengambil handphone ini kalau tidak handphone ini jugak turut menjadi mangsa pencuri tersebut. Bisikku didalam hati.
“ Nah, dompet awak!” Tidak berapa lama kemudian aku mendengar suara seorang lelaki. Dia menghulurkan sebuah dompet dihadapanku. Aku memandang kepada dompet tersebut. Memang tak salah lagi dompet yang dihulurkan kepadaku itu adalah dompetku. Tanpa berkata apa-apa aku mengambil dompetku yang dihulurkan oleh lelaki tersebut.. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dompetku kini telah berada ditanganku semula. Ini bermaksud lelaki yang menolongku mengejar pencuri tersebut telah berjaya mengejar dan mendapatkan dompetku semula.
“ Cubalah tengok isi didalamnya ….Ada tak benda-benda yang hilang?”Arah lelaki tersebut kepadaku.apabila dompetku telah bertukar tangan. Aku hanya menurut kata dan membuka dompetku untuk melihat isinya. Ternyata tiada apa-apa pun benda yang berada di dalam dompetku hilang termaksudlah not-not ringgit yang jumlahnya kukira betul sebelum dompetku dicuri sebentar tadi.
Aku mendongak kepala untuk melihat wajah lelaki yang telah mengembalikan dompetku semula dan ingin berterima kasih sangat-sangat kepadanya .
“ Terima ka……..”Ucapan terima kasihku tersekat secara tiba-tiba. Lelaki didepanku aku pandang tidak berkedip. Dia kulihat hanya mengukir senyuman. Menampakkan barisan gigi yang putih dan tersusun.
“ Awak??”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan