5
Aa…cim…aduh terbersin la pulak aku ni. Mau taknya tak bersin habuk-habuk terawan-awan berterbangan sebaik saja pintu bilik stor dibuka. Secara automatik aku mengibas habuk-habuk tersebut dari menyusuk lagi ke dalam rongga hidungku ini.Hidung yang agak pedih itu kugosok berulang-ulang kali. Baru lega rasanya……..
Lantas bilik itu kujejaki sambil ditanganku menjinjit sekarung beg plastik yang didalamnya terdapat penyapu ,penyodok,bulu ayam berserta dua bungkus beg plastik sampah berwarna hitam. Senang semuanya kuharung sekali di dalam satu beg. Tak payah penat-penat berulang alik turun tangga ambik semua barang-barang itu semua lagi satu persatu. Jimat masa, jimat tenaga.Hehehe…..
Suis lampu yang terletak didinding sebelah kiri berhampiran pintu bilik stor kubuka. Keadaaan di dalam bilik itu menjadi terang benderang akibat panahan cahaya lampu yang menyinari segenap ruang bilik stor tersebut.
Masya-Allah ni stor ke atau tong sampah ni! Aku berbisik didalam hati .Terkejut! Barang-barang yang kurasa dulu tersusun kemas didalam kotak sekarang telah bersepah ke lantai. Habis bertaburan kertas-kertas dan segala mak nenek yang ada di dalam kotak tersebut..
“ Mak engkau……..!” Aku menjerit terkejut apabila sesuatu melintas dihadapanku, laju.Aku memerhati dengan teliti apabila benda itu melintas lagi.
“La……cik Ti rupanya…..” Baru kusedari yang melintas dihadapan aku rupanya cik Ti a.k.a tikus. Besar jugak. Patutlah semua barang-barang ni bersepah. Rupa-rupanya semuanya kerja-kerja cik Ti dan mungkin the gang dia ni. Sebab mana la cik Ti yang seekor tu mampu nak bersepah-sepahkan barang-barang yang tersusun kemas didalam kotak tu seekor-seekor dia. Mesti bawak geng punya…….
Pelik jugak aku macam mana cik Ti boleh masuk ke dalam stor ni. Ku perhati lagi disekeliling bilik stor tersebut .Perhati punya perhati, akhirnya aku sedari terdapat lubang kecil disebelah kanan atas bilik stor tersebut. Rasanya cik Ti dan the gang dia masuk ikut sini kot. Aku angguk-angguk sendiri mengiakan bisikan hatiku sendiri tadi.
Mana taknya rumah aku…..oppss….silap-silap rumah mak aku ni dua tingkat. Bawah batu atas papan. Rumah ala-ala kampung katakan.Jadi tak hairan la kalau makhluk-makhluk kecil seperti cik Ti ni boleh menceroboh masuk ke dalam bilik stor ni. Tambah-tambah bilik stor ni jarang-jarang dikemasnya. Dan aku rasa lubang tu cik Ti dan the gangnya lah punya kerja.
Lantaklah kau cik Ti….kalau ikutkan hati aku nak digoreng-goreng ja kau ni. Satu kerja pulak nak susun barang-barang yang bersepah tu semula. Banyak bukannya sedikit. Ingatkan tadi niat dihati cuma nak masuk bilik stor ni untuk sapu habuk sikit-sikit ja lepas tu selesai. Tapi sekarang lain la pulak jadinya.
Tengoklah lepas aku siap kemas semua barang-barang ni nanti…….hahaha…aku pergi beli perangkap tikus banyak-banyak siaplah korang nanti masuk perangkap tu dan kena humban dalam longkang. Nak sangat sepah-sepahkan barang-barang dalam stor ni ya……...Aku berkata di dalam hati sambil tersengih-sengih penuh makna.
Dalam aku sibuk mengemas dan menyusun barang-barang yang berterabur kat lantai tu….tiba-tiba aku terlihat sebuah album gambar yang agak usang. Kucapai album gambar tersebut dan membelek-beleknya berulang-ulang kali sebelum membuka gambar gerangan siapakah di dalam tu. Suspennya……..
Aku tersenyum-senyum seorang diri apabila melihat gambarku waktu kecil-kecil dari umur masih bayi lagi sehingga umurku mencecah ke angka lima tahun. Macam-macam posing dan keletah aku didalam gambar tersebut.Bahagianya kulihat wajah ayah dan ibu di dalam gambar tersebut. Hatiku tiba-tiba dirundum sayu. Kalaulah ayahku masih ada lagi didunia ini pasti keluarga kami akan menjadi keluarga yang lengkap dan bahagia. Ada ibu, ada ayah ,aku dan adikku Fisya cukuplah. Tapi semuanya ketentuan Tuhan. Ayah pergi ketika umurku tiga belas tahun dan Fisya ketika itu berumur lima tahun akibat penyakit keturunan iaitu kencing manis yang kronik.Selepas ayah meninggal dunia ibulah tempat kami bergantung. Ibulah ibu, ibulah ayah bagi aku dan Fisya dalam mengharungi hidup yang penuh perit dan getir ini.
Perasaan sebakku berhenti tiba-tiba apabila aku menyelak album gambar tersebut dan terpandang gambar seseorang. Angah!
Aku asyik bermain dengan cik Di…iaitu.nama bagi teddy bearku. Disebelah kiriku terdapat sebuah bantal yang sangat aku sayangi. Itulah bantal busukku. Bantal yang selalu menemani aku tidur. Jika tiada bantal busuk tu pasti tidurku tidak nyenyak. Ke mana-mana saja aku pergi bantal busuk itu akan kubawak bersama-sama. Baik makan, bermain atau keluar berjalan-jalan dengan familyku.
“Em….wanginya….” Aku mencium bantal busukku itu sambil diujungnya aku gentel-gentel berulang-ulang kali dengan jari.…Hehehe…itulah rutin aku sehari-hari bersama dengan bantal busukku itu. Ibu pernah menegur perbuatan aku tu. Aku buat endah tak endah saja. Nak buat macam manakan dah jadi tabiat sejak umur aku dua tahun lagi kalau nak tinggalkan memang susah.
Ada satu hari tu ibu pernah menyorokkan bantal busukku itu ditempat lain dan digantikan dengan bantal yang baru.. Aku menangis semahu-mahunya tanpa henti sambil aku sibuk ke hulu ke hilir mencari bantal busukku itu. Seperti orang gila yang tidak tentu arah.Perbuatan aku itu hanya dilihat ibu tanpa kata.Sehinggakan aku tekad melakukan mogok lapar. Biar ibu dan ayah risau dengan keadaanku ini dan aku akan dapat kembali bantal busukku yang disayangi.
“Isya buka kunci nak….” Ibu melaung dari luar bilikku. Aku hanya buat pekak badak.
“ Tak mau…..Isya nak bantal Isya balik. Ibu tak bagi Isya tak mau keluar….Biar Isya mati lapar kat dalam bilik ni. Ibu dan ayah tak sayang Isya lagi…….”Ada nada ugutan dalam kata-kataku. Biar ibu dan ayah tahu yang aku bukanlah budak kecil yang akan mengalah dengan begitu saja. Aku mempunyai pendirian yang tersendiri.
“Isya ….Isya buka kunci bilik sayang……” Kali ini kedengaran suara ayah pulak yang berdiplomasi denganku.
“ Isya kata tak mau….tak mau la……Isya nak bantal Isya balik…..Isya tahu ibu nyorok bantal Isya….Ibu jahat.”
“Isya….Isya buka kunci ni nanti ibu bagi balik bantal Isya ya sayang….Bukalah..” Ibu pulak bersuara kali ini dengan berjanji memulangkan kembali batal busukku yang tersayang itu.
“Ibu tipu…Nanti kalau Isya keluar ibu tak bagi balik bantal Isya…..” Aku bersuara menjelaskan rasa tidak percayaku dengan kata-kata ibu tadi.Hish….mana boleh terburu-buru nanti terperangkap diri.
“ Tak ibu tak tipu…Isya tak buka pintu mana Isya tahu ibu tipu Isya…Kalau Isya tak percaya Isya tanya ayah. Lagipun ibu tak pernah tipu Isya kan selama ni…….”
“Tak…” Aku membalas mengiakan kata-kata ibu.
“ Kalau macam tu Isya keluarlah….Isya sorang ja anak ibu…Kalau jadi apa-apa kat Isya ibu pasti sedih…”Ibu berkata sayu. Memang betul masa tu aku seorang saja anak ibu.Fisya masa tu belum dilahirkan lagi.
Aku turun dari katil dan membuka pintu bilik setelah kuncinya ku buka. Kelihatan wajah ibu dan ayah tersenyum kepadaku. Ditangan ibu terdapat bantal busuk kesayanganku. Ibu menyerahkan kembali bantal busuk itu kepadaku.Aku mencium bantal busukku berulang-ulang kali seperti ibu yang kehilangan anak bertahun-tahun lamanya. Lantas aku memeluk ibu dengan erat. Ibu membalas pelukkanku itu.
“Ibu….maafkan Isya ya….” Aku memintak maaf kepada ibu dengan perbuatanku tadi.
“ Ya ibu maafkan anak ibu yang manja ni…Ibu pun nak mintak maaf dekat Isya kerana menyorak bantal Isya tu…Isya maafkan ibu ya sayang..Ibu sayang Isya…” Ibu berkata sambil tangannya mengusap-usap lembut rambutku. Sejak kejadian itu ibu tidak berkata apa-apa lagi atau melakukan apa-apa lagi untuk memisahkan aku dengan bantal busukku itu.Begitu jugak dengan ayah.
Dalam aku asyik mengentel batal busukku itu, tiba-tiba bantal busukku disentap daripada tanganku oleh seseorang.Aku terkejut dan terpana seketika. Dikejauhan kelihatan seseorang menunjukkan bantal busukku dan mengerakkannya kiri dan kanan sambil menjelirkan lidah kepadaku….Wekkk…..
“ Angah….bagi balik bantal Isya tu…..” Aku melaung sampai berlari kepada budak yang kupanggil Angah itu. Lagi dekat aku dengan Angah. Angah berlari jauh dariku sambil menayangkan bantal busukku yang berada ditangannya.
“ Hahaha…..kalau Isya nak balik bantal busuk Isya ni…marilah dapatkan bantal Isya kat Angah ni sendiri…..” Angah bersuara bangga….Dia berlari-lari tanpa henti. Aku mengejar dibelakangnya. Bila Angah berlari ke kiri aku jugak berlari ke kiri mengejarnya. Begitu jugak dengan sebaliknya.Aku menjadi keletihan dan kelelahan apabila berlari-lari sebegitu. Mana boleh kudratku nak melawan kudrat seorang budak lelaki macam Angah tu.
“Angah…bagi balik bantal Isya tu…….Angah jahat…Angah suka kacau Isya….Isya benci Angah….” Aku merengek-rengek sambil terduduk di atas tanah apabila aku tidak berdaya lagi mengikut rentak Angah. Kaki, ku kuhentak-hentak di atas tanah itu berulang-ulang kali. Air mataku bercucuran keluar dari tubir mata ini sambil mulutku tidak jemu-jemu merayu Angah memulangkan bantal busukku itu.
Angah ku lihat jugak telah berhenti dari berlari. Dia berdiri agak jauh dariku. Tercungap-cungap Angah dibuatnya.Bantal busukku itu Angah masih belum mahu memulangkannya kembali kepadaku.Aku menjadi tidak keruan. Bantal busukku mesti diselamatkan.Tapi bagaimana? Kalau aku pergi mendapatkan bantal busukku dengan Angah, Angah pasti berlari lagi. Kakiku sudah tidak bermaya lagi untuk berlari. Macam mana ni apa perlu aku buat????
Huwaa……aku menjerit dan menangis sepuas-puasnya. Angah yang berdiri di situ ku lihat sudah mulai gelisah apabila aku menangis kuat tidak henti-henti. Ada riak panik diwajahya. Tapi Angah masih disitu, masih membatu tidak bergerak.
“Isya…kenapa nak?” Kedengaran suara Makcik Sal iaitu ibu kepada Angah berteriak dari dalam rumah. Makcik Sal keluar terkocoh-kocoh mendapatkan aku yang menangis semahu-mahunya itu.
“ Isya…kenapa nak…Isya jatuh ke…..terluka dimana-mana ke.Biar Makcik Sal tengok,” Makcik Sal berkata lembut menampakkan ciri-ciri keibuan. Ada riak kerisauan diwajahnya. Aku berhenti daripada menangis dan menggeleng-gelengkan kepala tanda apa yang ditelah oleh Makcik Sal adalah salah.
“ Habis tu…kenapa Isya menangis sampai macam ni sekali. Nanti kalau ibu dan ayah Isya balik nanti apa pulak mereka kata kat makcik tak jaga Isya elok-elok…” Makcik Sal bertanya lagi kali ini dahinya pulak yang berkerut meminta jawapan,
“ Tu……” Aku menunding jari ke arah Angah. Makcik Sal berpaling untuk melihat apa yang aku tunjukkan kepada dia.
“ Angah ambik bantal Isya….” Aku bersuara apabila aku yakin dan sesangatlah pasti yang Makcik Sal nampak Angah yang tercegat di situ dan tersengih-sengih macam kerang busuk,
“Jadi semua ni kerja si Angah la ni….Angah bagi balik bantal Isya tu….Nanti tak pasal-pasal telinga Angah tu mama piatkan. Kamu ni la Angah tak habis-habis nak kacau Isya ni. Ada-ada saja akal kamu nak sakat dia….” Makcik Sal berteriak nyaring kepada Angah tanda satu arahan dan jugak amaran.
Angah yang tahu ibunya mahu mempiat telinganya cepat-cepat melambungkan bantal busukku itu ke arahku. Makcik Sal melihatkan perbuatan Angah itu dengan menjengilkan matanya kepada Angah tanda dia tidak suka Angah berbuat begitu. Kalau boleh bagilah dengan cara yang elok dan memohon maaf. Ni tidak dilambungnya bantal busukku itu.
“ Nah , ambik balik. Orang pun tak hinginlah nakkan bantal busuk dia tu……Dah la busuk….banyak pulak peta dunia….” Angah berkata sambil dia berlari cepat-cepat masuk ke dalam rumah. Mungkin Angah tahu kalau dia lama di situ pasti telinganya akan dipiat sungguh oleh Makcik Sal.
Aku bangun dan berlari-lari anak pergi mendapatkan kembali bantal busukku yang dilambung oleh Angah sebentar tadi. Bantal busukku itu kusapu debu-debu tanah yang sedikit menempel dengan tangan. Lalu kucium bantal busukku penuh kasih sayang. Aku tersenyum seorang diri. Nampaknya pelan aku telah berjaya. Buktinya aku sudah mendapatkan kembali bantal busukku ini.
“ Oklah Isya dah pun dapat balik bantal Isya tu…Isya jangan nangis lagi ya sayang. Nanti tahulah makcik nak ajar si Angah tu.” Aku hanya mengangguk-angguk dengan kata-kata Makcik Sal. Terbayang dimindaku Makcik Sal memarahi Angah. Dan pasti kali ini Angah tak berani-berani lagi untuk mengacau dan menyakat aku. Aku tersenyum lagi Tapi boleh percaya ke???
Aku tersenyum apabila mengimbau kenangan aku dan Angah lapan belas tahun yang lalu.Detik-detik itu memang manis untuk aku abadikan dalam kenangan. Hehehe…..
“ Sal kamu jagalah diri kamu baik-baik dekat tempat baru nanti. Akak macam tak percaya yang kamu sekeluarga nak berpindah.Sepuluh tahun kita hidup berjiran. Dah macam adik-beradik.” Kedengaran ibu berkata sayu sambil tangannya memegang tangan Makcik Sal.
“Akak…..Sal akan ingat pesan akak tu..Kalau boleh Sal pun tak mahu berpisah dengan akak sekeluarga.Tetapi Sal terpaksa rela. Abang Sani perlu bertugas di tempat lain. ….Macam nilah kak, kalau bersuamikan seorang angkatan tentera ni. Berpindah-randah."Makcik Sal pulak berkata sayu. Ibu hanya menganguk tanda mengerti.
Aku yang berada dibalik pintu hanya memasang telinga saja. Di celahan pintu tersebut aku melihat Angah yang berdiri disebelah kereta memerhati sekeliling seolah-olah mencari sesuatu. Aku tahu Angah pasti mencariku. Saja aku tidak mahu keluar untuk berjumpa dengan Angah mahupun Makcik Sal buat kali terakhir. Hatiku menjadi sebak ketika itu. Aku tahu mungkin nanti aku tidak akan bertemu lagi dengan Makcik Sal sekeluarga. Dan tidak ada lagi orang yang akan selalu menyakat dan membuliku. Angah sudah tiada. Walaupun Angah selalu menyakatku tapi aku tidak kisah…Aku tahu Angah tidak bermaksud hendak selalu menyakitkan hatiku. Aku tahu Angah sayang aku macam Makcik Sal dan Pakcik Sani sayangkan aku. Buktinya ketika aku demam dulu Angah selalu datang melawatku dirumah dan membawa coklat kesukaanku.Sejak itu aku tahu yang Angah baik. Angah tak jahat.
“ Mana Isya….akak? Tak nampak pun dia dari tadi……” Makcik Sal bertanya dan meleraikan pelukkan dia dan ibu sebentar tadi.
“ Ada didalam rumah tu…..dah suruh dia keluar bersalam selamat tinggal tapi dia berdegil tak mau keluar…”
“Biarlah…,Isya tu kita tengok saja dia tu budak kecil tapi dia faham situasi sekarang ni. Mungkin Isya tu sedih kot Sal sekeluarga nak berpindah…..”
“Mungkin…..” Ibu pulak berkata mengiakan.
“ Tak palah akak…Sal nak bertolak dulu. Perjalanan kami ni jauh lagi…Insya’Allah kalau ada jodoh diantara kita pasti kita akan bertemu lagi nanti.” Kulihat Makcik Sal menghulurkan tangan menyalami ibu buat kali terakhir.
“Iyalah,”ibu berkata menyambut tangan yang dihulur oleh Makcik Sal itu. Tidak beberapa lama. Ku lihat Makcik Sal masuk kedalam kereta ditempat penumpang sebelah depan kereta. Diikuti oleh Angah dengan kaki yang berat yang mengambik tempat di tempat duduk belakang.. Perlahan-lahan kereta yang dipandu oleh Pakcik Sani beransur-ansur pergi. Dan kelibat Angah ditempat duduk belakang semakin lama semakin kabur dari pandangan mataku. Tidak semena-mena airmataku menitis keluar jatuh ke pipi.. Angah!
Kusapu airmataku yang jatuh ke pipi dengan tangan kanan. Apabila mengingatkan kembali detik-detik keluarga Makcik Sal pergi aku menjadi sebak. Sejak hari itu aku tidak lagi mendengar berita mengenai mereka..Peristiwa itu sudah lama berlalu. Dan insan bernama Angah hanya tersimpan menjadi memori dalam sanubariku.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan