7
Handphoneku berdering mintak diangkat. Aku yang ketika itu sedang berbaring diatas katil sambil membaca buku novel, berhenti daripada meneruskan bacaan. Handphoneku yang berada di atas meja kecil disisi katil sebelah kanan terusku gapai. Aku melihat pada skrin handphoneku. Di situ tertera nombor telefon yang tidak langsung aku kenali. Ingatanku terus berputar kepada kejadian yang berlaku petang tadi.
“Awak??” Aku berkata terkejut.Lalu aku bingkas bangun,berdiri menghadap lelaki yang berada didepanku sekarang ini. Inginku tenyeh-tenyeh mataku ,takut-takut pandangan mataku yang silap. Tetapi ternyata dan hakikatnya walaupun aku menenyeh atau mengosok mata ini sekalipun,lelaki yang berada didepan itu adalah tetap lelaki yang sama. Lelaki yang menolong mengembalikan dompetku daripada pencuri. Lelaki itu ialah Zackree. Lelaki yang dulu pernah aku cintai dan lelaki ini jugak telah mengundang kebencian didalam hatiku sejak dua tahun yang lalu
“ Ya, Alis. Nasib baik aku sempat mengejar pencuri tu tadi…Kalau tak tak tahulah …Mungkin dompet kau tak dapat diselamatkan lagi.Tapi pencuri tu dapat melarikan diri ketika kami bergelut dan dompet kau yang dipegangnya terjatuh. Jadi aku cepat-cepat mengambilnya sebelum dia. Sebelum aku mengambil tindakkan seterusnya terhadap dirinya pencuri itu sudah melarikan diri lintang pukang…..” Antara jelas dan tidak aku mendengar Zackree berkata. Fikiranku waktu ni menerawang entah ke mana. Pandangan mataku memandang Zackree, tapi kosong.
“Alis….” Zackree memanggil namaku lembut lantas menyedarkan aku dari lamunan yang panjang.
“Terima kasih.” Aku mengucapkan terima kasih kepada Zackree dengan suara yang agak dingin. Bukan maksudku untuk bersuara begitu tetapi bila berhadapan saja dengan Zackree , automatik aku bersikap begitu. Zackree yang mendengar aku berkata begitu tidak berkedip matanya daripada memandangku. Mungkin dia fikir aku masih membencinya dan tidak sangka mendapat reaksi daripadaku sedemikian rupa.
“ Alis , kau marahkan aku lagi ke?” Zackree mula bertanya apabila aku berdiam diri seribu bahasa. Malas aku ingin melayan pertanyaan Zackree itu aku lantas bergerak untuk berlalu dari situ. Walaupun kelihatan tidak sopan setelah Zackree telah mengembalikan dompetku tetapi bukankah aku telah mengucapkan terima kasih kepadanya. Cukuplah ucapan itu aku ungkapkan. Lagipun aku ingin membeli barang-barang yang dipesan oleh ibu. Jam dipergelangan tangan kanan kutatap. Dah pukul 6.15 minit petang. Nanti ibu risau pulak aku pulang lewat ke rumah.
“Alis…please….”Belum beberapa langkah aku jalan, tanganku ditarik oleh Zackree. Aku cepat-cepat merungkaikan tanganku daripada terus dipegang oleh Zackree. Langkahku terbantut. Aku berpusing ke arahnya. Entah buat kali ke berapa lagi mata kami bertembung. Aku melihat ke dalam anak matanya. Ada pandangan penuh kesayuan dari sepasang matanya yang ku tenung.
Aku tahu mata seseorang tidak akan menipu. Dan dari pandangan mata Zackree aku lihat suatu pengharapan yang tulus darinya. Sikit demi sikit perasaan benci yang bersarang dijiwa ini terhadap Zackree kian pudar. Dendam, kebencian sampai bila harus aku membawanya. Hati kecilku berbisik.
“Ada apa? Saya ingin membeli barang yang dipesan oleh ibu.Nanti lambat pulang , ibu risau pulak…” Aku mula bercakap lembut dengan Zackree. Tiada lagi suara dan reaksi yang tegang. Tiada lagi perkataan ‘aku’ ketika berbahasa dengannya.
Zackree yang melihat perubahanku itu, tersenyum . Mungkin dia tahu aku tidak lagi marah atau benci kepadanya.
“Terima kasih Alis….”
“ Untuk apa?” Aku bertanya kepadanya. Sememangnya aku sudah tahu terima kasih itu untuk apa. Saja ja aku buat-buat tak faham. Ingin melihat apakah jawapan yang Zackree akan beri. Adakah sama dengan andaianku ini.
“ Terima kasih kerana sudi memaafkan aku. Terima kasih kerana tidak membenci aku lagi….” Zackree berkata penuh kesungguhan. Seolah-olah ingin mengambarkan perasaannya yang gembira dengan reaksi yang aku berikan kepadanya tadi.
“ Em …kalau yang tu saja ….Saya rasa lebih baik saya beredar dahulu Zack. Lagipun dah lewat ni. Barang yang dipesan oleh ibu belum saya beli lagi…..”Sebenarnya aku malas nak melayan. Walaupun aku sudah memaafkan Zackree tapi diri ini macam tidak boleh menerimanya seperti dulu. Seolah-olah ada pagar yang menyekatnya. Apa yang dibisik oleh hati, tidak dapat diungkapkan oleh lidah.
“ Tunggu dulu Alis. Sudikah engkau terima aku semula…” Aku agak sedikit terkejut dengan kata-kata yang baru diungkapkan oleh Zackree itu. Aku memandang ke wajahnya ingin pengertian. Sudi untuk apa?
“ Sudikah engkau terima aku semula sebagai seorang kawan…Alis.” Zackree menyambung ayatnya yang tergantung. Mungkin dia faham dan mengerti apa yang baru diungkapkan olehnya akan membuatkan aku tertanya-tanya. Dan mungkin tersalah tafsir maksud yang sebenarnya. Aku tidak mengangguk atau menggeleng. Tidak pulak mengiakan. Aku tenung ke dalam anak mata Zackree lama-lama. Ternyata tindakkanku sedikit sebanyak mengundang kegelisahan dalam dirinya. Aku tahu.
Didalam kotak fikiranku aku menconggak buruk dan baiknya sekiranya aku menerima kembali pelawaan Zackree. Menjadi kawannya semula seperti aku kembali menghiris luka lama. Menolak pelawaannya membuatkan aku berasa serba salah. Zackree sudah menolongku tadi. Aku memerhati bajunya yang sedikit kotor mungkin disebabkan bergelut dengan pencuri itu tadi. Nyawanya mungkin akan terancam andai kata pencuri itu membawa benda yang berbahaya seperti pisau. Ini bermaksud yang Zackree sudi mengambil risiko yang besar semata-mata kerana dompetku ini.
Di antara egoku dan terhutang budi yang mana satu harusku pilih? Andai kata aku menerima dirinya sebagai seorang kawan, adakah nanti akan mengudang masalah di masa akan datang? Adakah kejadian dua tahun yang lepas akan berulang kembali?Luka, ya luka yang lama bisakah dikambus supaya tidak lagi meninggalkan bekas? Tidak cemburukah isterinya nanti apabila dia dapat tahu suaminya telah berbaik semula denganku? Mungkin nanti akan berlaku salah faham diantara aku, Zackree dan isterinya. Aku tidak mahu menjadi perosak rumah tangga mereka. Walaupun aku tahu kejadian dua tahun yang lepas akulah yang menjadi mangsanya. Akulah menelan pahitnya. Hatikulah yang telah terluka. Bukan mereka.
“ Alis….” Semua bayangan, semua andaian yang berada di dalam kotak fikiranku terbang apabila Zackree memanggil namaku.Mungkin Zackree tidak betah melihat aku yang berdiam seribu bahasa sambil merenung ke arahnya.
“ Macam mana dengan isteri awak Zack?”Soalan itu saja yang keluar dariku. Zackree sedikit terpana dengan soalanku itu. Mungkin dia tidak menyangka yang aku akan bertanya sedemikian rupa.
“ Aku dan isteriku,Atia sudah bercerai empat bulan yang lalu……”
“ Bercerai?” Aku memotong kata-kata Zackree. Sebenarnya aku agak terkejut. Zackree dan isterinya sudah bercerai. Disebabkan akukah?
“ Ya….tapi bukan disebabkan oleh kau Alis…..Panjang ceritanya. Nantilah bila aku ada kelapangan akan aku ceritakan situasi yang sebenarnya. Itupun jika kau sudi…” Zackree berkata seolah-olah dia dapat membaca apa yang aku musykilkan. Kali ini Zackree pulak berani-beraninya merenung tepat ke dalam anak mataku. Aku dapat melihat sinar pengharapan dari matanya.
“Sa..saya…..” Aku masih lagi tidak betah untuk menerima pelawaan ‘kawan’ oleh Zackree.
“ Please….Alis…sudilah jadi kawan aku. Kali ini aku tidak mengharap lebih dari kau. Aku faham mungkin hati kau dah tertutup buat aku …Tapi kita masih boleh jadi kawankan???Aku mintak maaf kat kau pasal kejadian hari tu. Aku tahu aku salah Alis. Aku terburu-buru. Aku tension. Masa tu otak aku tidak boleh berfikir dengan waras. Macam-macam masalah yang menimpa aku ketika itu. Aku nampak kau masa tu dan aku seperti nampak kembali sinarku yang hampir hilang . Bila ja aku ada masalah dulu-dulu aku pasti mencari kau. Kaulah tempat aku meluahkan segalanya….Alis. Sebenarnya aku jugak menderita seperti kau dua tahun yang lepas. Hatiku jugak terluka apabila melihat air mata kau Alis. Aku menjadi mangsa keadaan. Ingin saja aku menjelaskan semuanya pada kau. Tapi…tapi aku tak berdaya..” Kali ini aku melihat air mata Zackree menitis ke pipi. Hatiku dirundung sayu mendengarkan penjelasannya.
Kalau benar semua yang dikatakan Zackree. Ini bermaksud yang Zackree tidak bersalah. Tapi semuanya telah berlalu dan berlaku. Masa tidak boleh berundur kembali lagi. Hatiku, ya hatiku sudah tertutup buatnya. Tetapi betulkah hatiku benar-benar tertutup buat Zackree? Kalau betul kenapa jantungku masih bergetar dan jauh dilubuk hatiku yang paling dalam masih ada secebis rindu padanya. Wajahnya, ya wajahnya seringkali membayangiku walaupun diriku begitu benci dan sesangat benci kepadanya……
Aku memejamkan mata. Ingin mendapatkan sedikit ketenangan dan ruang.
“ Baiklah….saya dan awak Zack…kita kawan.” Akhirnya aku mengambil kata putus. Zackree tersenyum gembira.Air mata di pipinya dikesat.
“ Terima kasih Alis….” Aku hanya mengangguk. Biarlah. Aku harap erti kawan kali ini antara aku dan Zackree tidak akan membawa maksud apa-apa. Dan dengan terjalinannya persahabatan ini bermaksud aku telah memaafkan Zackree. Dan petang itu berjumpaan kami terhenti disitu. Aku memintak izin pergi untuk membeli barang yang dipesan oleh ibu. Lagipun ketika itu hari pun sudah menginjak kelewat petang. Zackree akur. Dia pun katanya ada hal untuk pergi ke kedai komputer bersebelahan dengan pasaraya. Kami berpisah dengan Zackree memintak nombor telefonku. Tapi apalah bodohnya aku kerana tidak pulak aku memintak nombor telefonnya sebagai tukar ganti ketika itu.
“ Hello, Assalamualaikum…”Aku memulakan bicara apabila punat angkat di handphoneku ditekan. Kejadian petang tadi mati disitu apabila telefon berdering-dering mintak diangkat.
“ Waalaikumussalam. Hai Alisya. Masih ingat saya lagi tak….” Kedengaran suara orang di sana menyahut panggilan daripadaku. Dari gaya bahasanya aku tahu yang pemanggil di sana bukan Zackree. Tadi mati-mati aku ingat Zackree yang menelefonku. Maklumlah nombor tak kenalkan!
“ Maaf…saya tak kenallah. Siapa ya?” Aku menyoal kepada pemanggil tersebut. Memang aku tidak tahu langsung. Suaranya yang serak-serak basah tidak pernah aku dengar selama ini.
“ Sayalah Fariz Daniel. Maaflah saya kurang sihat sikit. Dijangkiti selsema . Sebab tulah suara saya menjadi sedikit garau..…”Kini baruku tahu. Fariz Daniel. Apa yang lelaki itu mahu dariku malam-malam begini?? Kiranya selepas peristiwa aku tertarik tangannya sehingga terjalin ikatan persahabatan diantara kami ,tiada lagi berita diantara kami sehinggalah ke hari ini.Hatiku tiba-tiba dicuit rasa…entah aku pun tak tahu rasanya macam mana??.Yang pasti aku senang kerana Fariz Daniel masih mengingatiku. Pelik tapi itulah hakikatnya…..
“ Oh, Fariz….Maaf nombor awak saya tiada…Ada apa ya awak hubungi saya malam-malam begini?.”
“ Tak pa Alisya .Maaf sekali lagi kerana ganggu awak malam-malam begini. Dah lama saya ingin hubungi awak sejak kejadian hari tu tetapi kesibukkan kerja saya yang membataskan semuanya. Jadi hari inilah saya baru berkesempatan untuk menghubungi awak..” Dengan suara garau dan serak-serak basahnya, Fariz bersuara. Sesekali kedengaran batuk-batuk kecil darinya.
“ Ok…..” Itu saja yang mampu aku ungkapkkan kepada Fariz. Sebenarnya lidahku kelu untuk berbicara. Aku tiba-tiba mati akal.
“ Boleh kita berjumpa esok Alisya…dekat Village Corner, jam 10.00 pagi. Awak tahukan tempat tu.Saya tahu esok awak cutikan?? Em…..saya ingin rasanya bertemu dan berbicara dengan awak. Hari tu kita tak sempat untuk berbicara dengan lebih panjang lagi. Masing-masing ada hal. Saya harap awak tak keberatan” Fariz bersuara . Kali ini dia ingin mengajakku untuk bertemu dengannya. Hai,tahu-tahu saja Fariz ni yang esok aku cuti.
“ Ok….kita jumpa di sana.” Ah, begitu senang sekali aku menerima ajakkan daripada Fariz. Tak perlu lama-lama aku berfikir.Terbayang-bayang di mataku sebaris senyumannya yang manis. Hehehe….gatalnya aku. Entah-entah si Fariz tu dah ada makwe ataupun isteri. Masakkanlah orang sehandsomenya tiada sesiapa bertahkta dihati. Aku yang pandang dia buat pertama kali pun sedikit cair inikan pulak orang lain.Aduh…..Isya,Isya.
“ Kalau macam tu oklah Alisya. Kita jumpa Sabtu ni ya. Assalamualaikum…Bye…”
“ Ok…Waalaikumussalam …bye..” Dengan itu Fariz mematikan telefonnya. Aku termanggu sebentar. Lantas handphoneku ku letak kembali disisi meja. Mata kukerling ke arah jam di dinding. Sudah 11.30 malam. Em…lebih baik aku tidur hari dah pun lewat malam dan mataku pun dah berat. Mulut ni dari tadi tak henti-henti menguap.Lalu novel yang kubaca tadi kukatup dan kuletakkan jugak di atas meja bersebelahan dengan handphoneku berada.
Aku bangun menuju ke suis lampu bilik dan menutupnya. Setelah itu kukembali berbaring di atas katil. Selimutku tarik ke separas dada, doa untuk tidur kubaca sebagai pendinding diri.daripada mainan syaitan dan jin.Setelah itu aku perlahan-lahan melelapkan mataku. Seminit, dua minit,tiga minit……….
Belum sempat aku ingin melayari ke alam fantasi mimpiku, handphoneku berdering buat kali kedua. Aduh, sapa la pulak ni???
Dengan perasaan malas dan mamai aku meraba-raba mendapatkan handphoneku di atas meja. Malas la nak bangun membuka suis lampu. Nanti nak kena tutup balik.
“ Hello…..” Tanpa melihat siapa yang menelefon di skrin handphoneku, aku terus menekan punat jawab.
“ Hello…Assalamualaikum Alis….” Kedengaran suara seorang lelaki disana. Aku yang tadinya mamai automatik menjadi cergas. Zackree!
“ Waalaikumussalam…..Zack!”
“ Maafla Alis….ganggu kau malam-malam ni! Esok boleh tak kita jumpa? Aku ada hal penting nak mintak pendapat kau…” Tanpa ada mukadimah yang panjang Zackree terus menyatakan hasratnya.
“ Tapi…saya….”
“Boleh la ya? Esok 10.00 pg dekat taman bunga berhampiran dengan Village Corner...Aku tunggu kat sana. Ok …bye…” Dengan kata-kata tersebut Zackree mematikan telefonnya. Belum pun sempat aku memberikan jawapannya. Zackree dah pandai sendiri atur masa dan tempatnya. Lebih baik tak payah tanya aku. Cakap ja aku nak jumpa kau kat taman bunga 10.00 pagi, esok. Tak payah nak habiskan kredit kalau tanya bagi jawapan sendiri macam tu. Buat sakit hati aku ja lah.
Apalah penting sangat Zackree ni nak jumpa aku. Tapi Isya…kaukan dah janji nak berjumpa Fariz esok…Hatiku tiba-tiba berdetik.
Ya la…aduh…macam mana nie…..esok nak jumpa dengan Fariz, dengan Zackree. Pukul, dua-dua 10.00pg..sama pulak tu. Tempat seorang dekat Village Corner dan seorang lagi dekat taman bunga berhampiran Village Corner.
Kalau aku jumpa dengan Fariz, Zackree macam mana?Begitu jugak sebaliknya. Tempat dekat-dekat ja. Nanti bertembung pulak…Pening…pening…dan merumitkan.
Em…..beratnya mataku ni…Tak boleh nak buka dan mata ni….tidurlah dulu…Esok baru fikir lain.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan