Membaitkan kata-kata puitis , mencurah rasa bersarang dijiwa untuk diriku dan dirimu............

Khamis, 4 Ogos 2011

Kau Dihatiku 1


1


Aku mengatur langkah sepantas yang boleh. Setiap langkah yang ku atur penuh dengan perasaan yang takut dan gementar. Sedari tadi aku merasakan ada seseorang yang mengekori dibelakangku. Aku tidak berani menoleh .Aku takut mengambil risiko. Entahkan pencuri ataupun perogol misteri….Eiii……takutnya. Jantungku berdengup pantas….Dup dap…dup dap……
            Jadi apa yang boleh aku lakukan ialah pergi ke tempat letak kereta dan berlalu dari sini secepat mungkin. Tapi masalahnya setiap langkah yang ku atur walau secepat mana pun, terasa seolah-olah lambat. Lagipun tempat ini sunyi. Tiada seorang manusia pun disini.
            Peluh mula bermain-main disekitar wajahku. Lantas  kukesat peluh itu dengan jari-jemariku..Jantung yang berdengup pantas ku biarkan sepi. Aku cuba untuk menguatkan semangatku. Alhamdulillah,akhirnya aku telah nampak kelibat keretaku. Lantas aku cuba berjalan selaju yang mungkin menghampiri keretaku itu.
            Setelah aku sampai ke keretaku, kuambil kunci kereta dari dalam handbag dengan tangan yang terketar-ketar. Aku cuba menahan ketar-ketar ditanganku. Namun hampa! Ku cuba untuk membuka pintu kereta, tetapi malangnya kunci tersebut terjatuh di atas jalan tar. Mungkin kerana tanganku yang terketar-ketar tadi dan ditambah dengan perasaan takut yang bersarang dijiwa menyebabkan kunci kereta terlepas dari tanganku. Aku membongkok badan untuk mengambil kunci tersebut. Tiba-tiba aku menjadi tergaman seketika apabila ada tangan kasar memegang bahuku.
            Aku bertambah takut. Dalam hati kuberdoa semoga tiada apa-apa yang menimpa diriku.
            “ Alis……..” Aku mendengar orang itu memanggil namaku . Dari nada suaranya aku seolah-olah kenal dengan empunya suara. Dan ditambah lagi hanya seorang saja yang akan memanggil namaku sebegitu. Orang itu tak lain dan tak bukan……….
            “ Zackree!” Aku menyebut namanya setelah kubangun dan menghadapnya dengan pandangan yang tidak percaya. Kini hilang perasaan takut dihatiku dan datang pulak perasaan yang tidak percaya yang Zackree berada di depan mataku setelah dua tahun masa berlalu. Ingin ku tenyeh-tenyeh mata ini, takut-takut pandangan aku yang silap. Tapi ternyata orang yang berada di depanku ialah realiti bukan fantasi.
            “Ya, aku.”
            “Kenapa kau ada disini? Dah tu kau ekori aku pulak tu…..Kenapa?” Aku mula bertanya kepadanya dengan suara yang dingin. Zackree tidak berkata apa-apa. Dia hanya memandang diriku dari atas ke bawah. Aku berasa tidak senang dengan perlakuannya begitu. Tetapi ku cuba mengawal emosi supaya tidak cepat melenting.
            Soalan yang sama ku tanya sekali lagi kepada Zackree tetapi kali ini dengan nada suara yang meninggi kerana dia tidak menjawab pertanyaanku tadi.
Zackree yang terkejut dengan suaraku yang garang, menjadi tidak tentu arah. Lucu jugak aku melihat dirinya sebegitu . Nah, ambik kau…..orang tanya elok-elok tak mau jawab….sekarang dah keluar suara singa betina baru tau nak gelabah cam biawak hidup. Tetapi cepat-cepat aku mengubah emosiku semula menjadi seorang yang serius sambil dahiku sengaja dikerutkan untuk menampakkan lagi betapa aku tidak suka kehadirannya disini. Dan lagi aku tidak mahu Zackree memandang rendah kepadaku, kerana aku bukannya Nur Alisya yang dulu. Lemah apabila bersua dengannya sewaktu ketika dulu, lemah mendengar ungkapan-ungkapan manis yang ditaburkan sehinggakan hati ini cair seperti ais batu yang  cair dipanah sinaran matahari.
“ Alis…..aku cintakan kau…..aku rindukan kau…..Bolehkah kita menyambung kembali kasih yang telah terputus ……” Bagaikan halilintar, aku terkejut mendengar dia berkata begitu.  Menyambung kembali kasih yang terputus??? Sudah dua tahun kucuba melupai dirinya, alih-alih kini dia datang kepadaku, mengekori diriku dimana mati-mati kuingatkan penyamun ataupun perogol bersiri yang ingin cuba mengapa-apakan diriku. Oh tidak-tidak ,mana mungkin!
“ Apa menyambung kembali kasih yang terputus? Kau ni gila ke apa hah?? Huh, kau ingat aku ni benda ke? Bila kau suka kau guna, kau jaga elok-elok tapi bila kau jemu kau buang, kau abaikan ia terus. Aku ni manusia yang ada maruah, ada hati dan perasaan! Lagipun aku dah melupai semua tentang diri kau, Zackree. Aku buang terus nama kau dari kamus hidup aku. Kamus hidup seorang gadis yang bernama Nur Alisya .Semua tentang kau dan cinta mainan kau!”
Ku lihat wajah Zackree berona merah mendengar kata-kataku. Aku tahu dia malu. Dan mungkin dia tidak menduga yang aku akan mengeluarkan kata-kata sedemikan rupa. Tapi aku tidak peduli. Kira apa aku! Api amarah yang bersarang sejak dua tahun lepas perlu kuhaburkan kepadanya. Biar dia tahu betapa sakitnya diriku diperlakukan sedemikian rupa.
“ Tapi Alis, aku sedar setelah sekian lama sebenarnya hati ini milik kau. Aku cintakan kau. Aku sedar kesilapan aku pada kau dulu……Zackree meluahkan perasaannya kepadaku. Malah dia berani-berani memegang tanganku pulak.
Hey, kau ni reti bahasa ke tak hah? Aku tak cintakan kau. Lagipun hati aku sudah tertutup kepada lelaki yang macam kau ni! Jangan ganggu aku lagi. Kau pergilah dekat tunang….oppss, maybe dia dah jadi isteri kau yang tersayang tu……” Aku berkata tegas dalam sindiran serentak aku menyentap tanganku dari dipegang olehnya. Dia tergaman dengan tindakanku itu. Biar padan muka dia. Biar dia tahu aku ini siapa.
Dengan tergesa-gesa dan perasaan yang membuak-buak dijiwa serta menyampah aku melihat mukanya yang seposen itu…..Alah muka kesian tu……aku membuka pintu kereta. Aku berharap aku boleh pergi dari tempat ini segera. Dasar lelaki tak tahu malu!
“Alis….please?” Zackree sudah berani berkasar denganku . Pintu kereta yang ku buka, ditutupnya semula. Kedua belah tangannya memegang bahuku. Aku cuba meronta untuk melepaskan diri. Tetapi ternyata kudratku tidak terlawan dengan kudratnya. Dalam hati ku berdoa kepada TUHAN semoga aku terselamat daripada malapetaka ini.
“ Hoi…..apa kau buat tu hah?” Aku terdengar suara seorang lelaki berteriak. Serentak itu, Zackree melepaskan tangannya dan berlari pergi dari sini. Aku mengucap syukur kepada ILLAHI kerana menyelamatkan aku dari malapetaka ini. Nasib baik ada jugak insan yang lalu disini , kalau tidak tak tahulah apa yang akan terjadi kepada diriku.
“ Saudari tak apa-apa?”
“ Saya tak apa-apa. Terima kasih kerana selamatkan saya dari lelaki  tadi tu” Aku membalas disertai mengucapkan terima kasihku kepada lelaki yang telah menyelamatkan aku dari Zackree. Ku lihat lelaki itu hanya mengangguk-anggukkan kepalanya, memberi respon terhadap kata-kataku.itu.Lantas aku memperbetulkan baju dan tudungku yang tidak kemas akibat bergelut dengan Zackree tadi. Setelah selesai aku memperkemaskan diri ini aku menoleh untuk melihat lelaki tersebut, tetapi lelaki itu telah berlalu pergi dari sini.
Aku cuba mencari-cari kelibatnya dengan memerhatikan disekeliling tempat letak kereta tetapi tiada. Aik, pelik bin ajaib ni. Sekejap ja boleh hilang? Bila masa pulak dia beredar dari sini…..tak dengar pun derap tapak kaki dia. Atau aku khusyuk sangat kot memperbetulkan tudung dengan baju ni sampaikan tak sedar dia dah pergi. Alisya….Alisya……..
Tanpa berlengah lagi aku lantas memboloskan diri masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Tidak berani lagi aku duduk di sini lama-lama. Nanti datang pulak  Si Zackree tu kan haru. Siapa pulak yang susah……aku jugak…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger