10
“ Amboi, Isya semalam kau keluar dengan siapa?”Seawal pagi lagi Mas sudah menyapa aku. Aku yang baru sampai tidak sempat untuk memanaskan punggung sedikit tergaman dengan pertanyaan dari Mas.
“ Keluar dengan siapa?” Aku bertanya balik kepada Mas. Mas ku lihat mengangkat sebelah keningnya sambil dahinya sedikit berkerut.
“ Amboi takkan dengan aku pun kau nak berahsia pulak. Semalam dekat KFC aku ada ternampak kau dengan seorang lelaki. Patutlah bila aku ajak kau keluar , kau menolak. Rupanya keluar dating…….” Mas berkata . Tangannya menepuk bahuku lembut. Bibirnya tersenyum penuh makna.
“ Eh, eh, eh kau jangan nak fikir yang bukan-bukan pulak ya…….Mana aku ada keluar dating la….” Aku cepat-cepat menyangkal andaian yang diberikan oleh Mas kepadaku. Kalau dibiarkan dia berfikir sebegitu ,hah susah jugak aku dibuatnya nanti.
“ Habis tu lelaki dengan perempuan kalau keluar berdua bukannya namanya berdating ke tu?” Mas nampaknya masih lagi tidak berpuas hati dengan kata-kata yang aku beri kepadanya.
“ Ya la tu , tapi bukan aku . Lagipun dia tu dah kahwinlah dah ada anak pun…..” Aku menjawab bersahaja tanpa memandang ke arah Mas.
“Betul ke?”
“ Ha’ah….Alah kalau kau nak percaya ataupun tidak terpulanglah dekat kau. Kalau aku kata tidak kau tak percaya takkan nak kata ya baru kau nak percaya? Dahlah banyak kerja lagi aku nak buat ni. Malas nak layan benda-benda macam tu…..” Dengan kata-kataku itu, aku terus mengapai surat-surat yang ada di hadapanku. Membacanya. Sebelum didaftarkan masuk dalam buku dan dicopkan untuk ketua jabatan untuk diminitkan.
“ Merajuklah tu…..Sorry la. Aku percaya.” Mas bersuara apabila agak lama aku menyepi dan membuat kerjaku tanpa menghiraukan dia yang berada disisiku.
“ Em……”
“Em….saja? Maknanya kau masih merajuk dengan aku lagilah tu…..”Mas bersuara sayu,
“ Taklah…..hish yang kau fikir aku merajuk tu kenapa? Tak ada maknanya aku nak merajuk. Macamlah kau tak kenal aku ni macam mana? Ni hah, surat-surat berlambak atas meja aku ni. Esok bos cuti , jadi kenalah bagi surat-surat ni semua dekat dia segera. “ Kali ini aku beralih memandang wajah Mas yang dah pun bermuka seposen tu. Tak lama lepas tu wajahnya terukir senyuman.
“ Mas, bos nak jumpa kau !” Tiba-tiba kedengaran suara Sharifah.
“ Nak jumpa aku kenapa?” Mas bertanya dengan Sharifah dengan nada hairan.
“ Manalah aku tahu. Dah lah pergilah jumpa bos tu. Kang tak pasal-pasal kena marah la pulak kau tu…..” Dengan kata-kata itu, Sharifah beredar mungkin ke tempatnya.
Aku memandang ke arah wajah Mas. Mas hanya menjungkitkan bahunya dan dia beredar menuju ke bilik ketua jabatan kami. Aku pulak menyambung kerjaku yang berlambak di atas meja. Tengah aku menyibukkan diri dengan kerja tetiba datang si budak Fauzi tu menghantar surat-surat kepadaku .
“ Isya …awak free tak tengah hari ni ?” Entah tak semena-mena , tak ada angin tak ada ribut Fauzi bersuara. Terkejut aku dibuatnya. Dengan nada hairan aku bertanya kepada Fauzi.
“ Em…..tak …kenapa?”
“ Alaa….baru saya ingat nak belanja awak makan hari ni …..Em…..tak pa la kalau tak free….” Aik …..nak belanja aku makan tengah hari ni ….Dah kena sampuk dah ke si Fauzi ni.
“Aik ….kenapa tetiba ja ni awak nak belanja saya makan …..ada udang di sebalik mee ke ’ah ….?”Kelihatan Fauzi sedikit gelisah dan ada nada hampa diwajahnya .Redup ja aku melihatnya …
“ Tak adalah kan ….saya…….tak apalah lupa kan jalah kan ……awak dah sign dah kan semua surat tu …Ok lah saya balik dulu dekat office saya tu…………” Dengan kata-katanya itu , Fauzi lekas-lekas mengambil buku despatch di atas mejaku .
“ Fauzi, tunggu…” Aku bingkas memanggil Fauzie kembali.
“ Kenapa ? Awak jadik ke keluar dengan saya ni Isya….” Kelihatan riak wajah Fauzi dari mendung telah bertukar cerah .
“ Tak adalah Fauzi. Memang saya tak boleh keluar dengan awak hari ni…Saya ada temujanji dengan seseorang . Tapi apa kata awak ajak Mas…Mesti dia mau punya ..”
“ Tak maulah saya ajak dia ……saya nak ajak awak ja la Isya ….Ok lah tak pa la mungkin lain kali kot kita keluar bersama kan …..” Fauzi memandang ke arahku kelihatan riak matanya penuh pengharapan . Aku seperti tidak mahu menghampakan harapan orang terus saja mengangguk . Fauzi seakan-akan gembira melihat anggukanku itu . Dia berlalu pergi dan sempat melemparkan sebaris senyuman yang tidak dapat aku mengertikan. Senyuman penuh makna. Ketika aku ingin berpusing kembali ke arah mejaku. Terkejut bukan kepalang aku melihat muka Mas yang masam mencuka. Bila dia keluar dari bilik ketua jabatan tidak pulak aku ketahui. Adakah Mas mendengar Fauzi mengajak aku makan tadi, maka dia merasa cemburu? Atau Mas baru saja dileteri oleh bos….??? Ini juga aku tidak tahu.
“ Terima kasih ya , Isya kerana sudi lagi bertemu dengan saya.” Sebaik saja aku melabuhkan punggung aku di atas kerusi bertentangan dengan Fariz , Fariz memulakan bicara. Aku hanya sekadar mengangguk. Aku Memandang Village Corner , em…tetap sama seperti hari-hari biasa . Tiada sebarang perubahan.
Tiga minit berlalu sepi, tiada butir-butir bicara diantara kami. Aku kaget tetiba. Entah kenapa bila berhadapan dengan Fariz aku akan menjadi begini. Oleh itu bagi menghilangkan rasa gugup yang terlampau , aku meliarkan anak mataku memandang lagi di sekeliling Village Corner tersebut. Ternyata budak perempuan itu masih ada lagi dan sama seperti sebelumnya dia asyik memerhati saja ke arah kami atau lebih tepat lagi ke arah Fariz.
Malas untuk aku melihat gelagat gatal budak perempuan tersebut lantas aku memandang keluar pulak. Di luar sana aku melihat ke arah taman. Ya, taman tempat pertemuan pertama aku dengan Damia anak Zackree. Ah….kenapa masih sekarang aku masih belum membuat keputusan atas permintaan Zackree itu.Damia ya Damia …Si budak comel yang menghiburkan hati. Walaupun kecil lagi tapi sudah petah berkata-kata. Sayangnya diusia masih muda sebegitu Damia perlu berpisah dengan ibunya. Disaat diri ingin menerima belaian kasih seorang ibu, ibu hilang entah ke mana.
“ Isya….Nur Alisya…” Aku tersedar dari lamunan apabila Fariz memanggil namaku berulang-ulang kali. Tetiba mukaku terasa panas. Malu! Fariz kulihat hanya tersenyum melihat gelagatku. Apa yang dilucukan tak tahulah…
“ Maaf…..” Hanya perkataan itu sahaja mampu aku keluarkan saat ini. Fariz masih seperti tadi hanya tersenyum dan matanya tidak putus-putus memandang ke arahku. Redupnya mata Fariz ketika memandangku. Penuh ketenangan. Aku terpana seketika. Seolah-olah dipanah asmara.
“ Actually…saya ajak awak, Isya kali ini saya nak awak tahu pekerjaan saya yang sebenarnya, Saya tahu mesti dilubuk hati kecil awak itu tertanya-tanya kan pekerjaan apa yang saya lakukan… mengapa saya asyik sibuk saja kan?”
Ha’ah betul tu . Aku memang nak tak tahu sangat kerja si Fariz nie bukannya apa kan, Sibuknya bukan main. Selalu dapat panggilan penting , lepas tu terus ja beredar. Nak tahu jugaklah kan broker saham ke?, businessman ke? Bodyguard atau Sugar daddy …..Tak …tak yang akhir tu tak mungkin, aku mengeleng-geleng apabila menyatakan yang Fariz itu adalah Sugar Daddy…..
“ Nah…” Fariz mengunjukkan sesuatu kepadaku . Entah bila si Fariz mengeluarkan benda seperti kad daripada mana entah kepadaku. Aku tak perasan . Tu la kan asyik duk mengelamun fikir yang bukan-bukan. Aku mengambil apa yang diunjukkan oleh Fariz. Terlopong sedikit aku apabila melihat apa yang tertera di situ.
“ Selalunya saya akan menjalankan kerja undercover , jadik identiti saya terpaksa dirahsiakan……” Tahulah aku yang pekerjaan Fariz adalah sebagai seorang anggota polis. Malah jawatan dia bukan calang-calang tau , ASP tu.
“ Wonderlah” Aku berkata ringkas mungkin masih terkejut, tergaman dan masih sukar mempercayainya.
“ Saya bekerja di unit siasatan jenayah dekat IPD…….” Aku terdiam apabila Fariz menceritakan dengan terperinci bidang tugas dia. Orang sehandsome Fariz kerja pulak macam nie mesti ramai wanita tertarik dan terpikat dengan dia. Lihat ja la budak perempuan dekat kaunter sana tu, tak berhenti-henti duk melirik-lirik memandang Fariz. Terasa teringin ja aku pergi dan ingin menanyakan budak perempuan tersebut. Kenapa dah tak ada kerja lain ke nak buat ha’ah? …Tapi kenapa pulak aku perlu bertindak sebegitu antara aku dengan Fariz bukannya ada apa-apa malah aku dan Fariz baru ja kenal. Jadik apa salahnya kalau budak perempuan tu atau sesiapa pun nak merenung atau melirik manja dekat Fariz. Mana la tahukan tuah badan siapa yang tahu. Fariz nie belum berpunya.
“ Alisya…..”…..Fariz mematikan lamunan aku sekali lagi.
“I…Iya….” Aku menyahut gugup.
“ Awak ni memang suka mengelamun ya …..macam dulu-dulu jugak…….”
“Ya…apa ulang sekali lagi…” Tersentak aku mendengar ayat terakhir yang diungkapkan sayup-sayup oleh Fariz itu ….Macam dulu-dulu jugak……Aikk………..aku tersilap dengar memang betul Fariz yang tersilap sebut ni. Baru ja kenal dengan Fariz macam mana pulak boleh timbul perkataan dulu-dulu ni.
“Em….tak ada apa-apalah…..” Kali ini pulak Fariz berkata gugup . Cover line kot…Tapi untuk apa….Tak faham…tak faham…Tapi betul kot Fariz tak ada kata apa-apa , aku yang lebih-lebih dengar …Em….Alisya…Alisya….What happen to you ’ah?
“ Tu la kau Kak Pah dah pesan dekat kau banyak kali jangan kau rapat sangat dengan si budak Alisya tu….Kau tengok jadik macam mana….” Aku terpana dengan kata-kata yang baru dilontarkan. Suara itu tak lain dan tak bukan adalah suara Kak Pah kaki kepoh dekat pejabat ni. Tetapi pada siapa dia lontarkan kata-katanya itu. Langkah kaki yang ingin aku atur untuk masuk ke pejabat terus terbantut begitu saja. Ingin lagi aku dengar apa lagi yang mahu dibicarakan Kak Pah tentang aku.
“ Saya tak tahu Kak Pah…..Saya ingatkan Isya tu jenis yang baik Kak Pah…Tak sangka dia macam tu…Lebih baik saya kawan dengan Kak Pah yang kepoh ni dari kawan dengan Alisya yang diam-diam ubi berisi tu.Sanggup dia buat saya macam ni Kak Pah….Saya macam dikhianati Kak Pah…” Hatiku tersentap mendengar suara orang yang berbicara dengan Kak Pah …Aku tahu suara itu. Tapi tegarkah orang itu mengatakan aku sebegitu….Sanggupnya dia mengungkapkan kata-kata begitu kepada diriku.Orang yang aku anggap kawan baikku sendiri.
Dengan langkah yang lemah, aku melangkah masuk . Ternyata kehadiranku mengundang rasa terkejut mereka. Terdiam mereka seketika. Aku memandang orang yang berada di atas sofa merah bertentangan dengan Kak Pah dengan pandangan yang sayu. Tetapi dia melarikan pandangan ke arah lain. Aku tak tahu adakah tindakbalasnya itu rasa bersalah atau dah meluat melihat wajahku ini. Kak Pah pulak aku melihat hanya mencebik bibirnya dan tersenyum sinis.
Malas untuk aku berdiri disitu lama aku cepat-cepat beredar ketempatku dengan hati yang lara. Baru tadi aku merasa keseronokkan apabila dapat bertemu dengan Fariz kini, hatiku mula bergolak dan orang yang tak kusangka-sangka tegar meluahkan perkataan itu.
“ Alah, Mas….tak payahlah kau nak rasa bersalah dengan kata-kata kau tu .Patutnya budak tu yang rasa bersalah dengan kau. Seronok la tu dah berdating berdua tu. Dasar kawan makan kawan…” Kak Pah berkata lantang , aku tahu sengaja dia menguatkan suara untuk aku mendengarnya. Nasib baik waktu itu hanya kami bertiga sahaja kalau tidak pasti malu aku dibuatnya dengan orang lain. Apalah maksud Kak Pah itu. Adakah Fauzi yang menjadi persoalannya di sini.
Fauzi…Siapa lagi kalau bukan Fauzi. Aku tahu Mas, suka dengan Fauzi. Acap kali dia meluahkan kepada diriku mengenai dia menyukai Fauzi kepadaku. Dan setiap kali dia meluahkan itu, aku jugak menyuruh dia menyatakan perasaannya itu. Tetapi katanya segan , malu. Mana ada perigi mencari timba.
Masakan hanya kerana Fauzi mengajak aku keluar makan, Mas sudah menyalah ertikan maksud sebenarnya. Demi Allah, aku bukannya jenis yang suka mengganggu hak orang lain. Tambah-tambah lagi kalau itu merupakan hak kawan baik aku sendiri. Lagipun antara aku dengan Fauzi tidak ada apa-apa. Andai kata Fauzi menyukai diriku sekalipun aku akan menolaknya sebab aku tahu Fauzi bukan milikku dan untukku. Dan kalau boleh aku ingin sekali menyatukan Fauzi dengan Mas, kerana bagiku mereka adalah pasangan yang begitu serasi dan sesuai mengikut perkiraanku.Selebihnya hanya Allah S.W.T yang merencanakan dan mencoraknya.
Belum sempat aku memanaskan punggungku diatas kerusi, handphoneku berdering. Lantas ku capai handphoneku yang kebetulan kuletakkan di atas meja sebentar tadi. Aku memandang ke skrin sebelum menjawab. Ternyata yang menelefonku adalah Zackree. Malas rasanya aku ingin menjawab panggilan telefon tersebut ditambah lagi dengan keadaan aku ketika ini, tetapi apabila memikirkan apa salah Zackree kepadaku sehinggakan aku ingin mengelak dari dia sedemikian rupa. Punat angkatku tekan.
“Assalamualaikum…Alis..” Kedengaran suara Zackree ceria.
“ Waalaikumussalam..” Aku membalas salam Zackree sekadar berbasa-basi tidak seceria seperti suara Zackree.
“ Kenapa nie Alis….aku menganggu kau ke? “Suara Zackree yang ceria tadi bertukar nada tidak keruan.
“Eh, tiada apa-apalah Zack.Awak ada apa hal telefon saya nie?” Aku cuba sedaya upaya untuk cover line supaya Zackree tidak perasaan yang ketika ini hatiku tengah lara.
“ Moleklah kau dah tanya. Aku pun tak payah lah berdolak dalih lagi. Terus saja straight to the point kan ….”
“A’ah” Aku membalas sambil mengangguk-angguk tanda bersetuju dengan kata-kata Zackree itu.Straight to the point. Lebih mudah .Lebih Senang
“ Macam mana kau dah bersetuju dengan permintaan aku tu Alis?” Zackree mula menyatakan hasrat dan maksud sebenarnya menelefon diriku. Sekalis ikan di air sudah tahu mana jantan dan mana betinanya, Begitu jugak aku sudah mengetahui tujuan Zackree menelefon diriku ini dari awal lagi .
“ Mengenai awak nak bawak Damia jumpa saya setiap hujung minggu kan …em saya rasa……”
“ Please Alis please…..kalau kau marah kan aku pun tentang kisah lama kita , aku harap kau tidak membabitkan Damia sekali . Dia tak bersalah. Damia cuma rindukan ibunya. Puas sudah aku mencari Atia , Alis….Puas sudah…tapi……” Zackree merayu kepadaku, memotong percakapanku tanpa habis lagi aku berbicara dengannya.
Aku hanya berdiam diri. Walaupun permintaan Zackree kelihatan senang tetapi bagi diriku begitu sukar sekali. Memori semalam akan terimbau kembali. Meluangkan masa bersama Damia, bermakna aku akan melaungkan masa bersama Zackree. Aku takut jika aku sudah banyak meluang masa bersama Zackree kembali pasti, akan timbul kembali perasaan aku kepada dirinya. Perasaan cinta yang sekian lama cuba aku padamkan dari kamus hidupku. Perasaan cinta yang kalau boleh aku tidak mahu terjebak lagi. Tetapi inikah takdir Allah S.W.T. Betulkah kata orang kalau sudah ada jodoh tidak kemana.?
“Alis…janganlah kau hampakan Damia Alis.Dia masih kecil lagi .Masih memerlukan kasih sayang dan perhatian Alis…..”Zackree memujukku lagi. Kini aku menjadi serba salah. Terbayang wajah comel Damia di depan mataku. Ya, Damia masih kecil lagi dan memerlukan perhatian dan kasih sayang dari orang-orang yang dia sayangi.
“Em…Ok” Hanya itu saja mampu ku berikan jawapan. Selebihnya aku berserah sahaja kepada Allah S.W.T.
“Thanks Alis Thanks. Nanti hujung minggu, hari Sabtu nie aku akan membawa Damia dekat taman Village Corner . Pukul 9.00 pagi.” Zackree dengan suara yang ceria memberitahuku kepadaku.
“ Ok.”
“ Assalamualaikum Alis.”
“Waalaikumussalam Zack.” Dengan jawapan salamku itu Zackree meletakkan telefon. Aku mengeluh di dalam hati.Lantas mataku pejam.Beberapa minit kemudian baruku bukak kembali mataku . Seolah-olah mendapat sedikit ketenangan dengan berbuat demikian aku memandang ke arah meja Mas. Kelihatan dia masih tiada lagi ditempatnya. Em……Mas..Takkanlah kau membenci aku………….Kalau itulah apa yang ada difikiran kau , sememangnya kau sudah tersalah anggap mengenai diriku. Bagiku kaulah kawanku, sahabatku dunia dan akhirat………..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan