Membaitkan kata-kata puitis , mencurah rasa bersarang dijiwa untuk diriku dan dirimu............

Isnin, 8 Ogos 2011

Kau Dihatiku 7

7

Handphoneku berdering mintak diangkat. Aku yang ketika itu sedang berbaring diatas katil sambil membaca buku novel, berhenti daripada meneruskan bacaan. Handphoneku yang berada di atas meja kecil disisi katil sebelah kanan terusku gapai. Aku melihat pada skrin handphoneku. Di situ tertera nombor telefon yang tidak langsung aku kenali. Ingatanku terus berputar  kepada kejadian yang berlaku petang tadi.
            “Awak??” Aku berkata terkejut.Lalu aku bingkas bangun,berdiri menghadap lelaki yang berada didepanku sekarang  ini. Inginku tenyeh-tenyeh mataku  ,takut-takut pandangan mataku yang silap. Tetapi ternyata dan hakikatnya walaupun aku menenyeh atau mengosok mata ini sekalipun,lelaki yang berada didepan itu adalah tetap lelaki yang sama. Lelaki yang menolong mengembalikan dompetku daripada pencuri. Lelaki itu ialah Zackree. Lelaki yang dulu pernah aku cintai dan lelaki ini jugak telah mengundang kebencian didalam hatiku sejak dua tahun yang lalu
            “ Ya, Alis. Nasib baik aku sempat mengejar pencuri tu tadi…Kalau tak tak tahulah …Mungkin dompet kau tak dapat diselamatkan lagi.Tapi pencuri tu dapat melarikan diri ketika kami bergelut dan dompet kau yang dipegangnya terjatuh. Jadi aku cepat-cepat mengambilnya sebelum dia. Sebelum aku mengambil tindakkan seterusnya terhadap dirinya pencuri itu sudah melarikan diri lintang pukang…..” Antara jelas dan tidak aku mendengar Zackree berkata. Fikiranku waktu ni menerawang entah ke mana. Pandangan mataku memandang Zackree, tapi kosong.
            “Alis….” Zackree memanggil namaku lembut lantas menyedarkan aku dari lamunan yang panjang.
            “Terima kasih.” Aku mengucapkan terima kasih kepada Zackree dengan suara yang agak dingin. Bukan maksudku untuk bersuara begitu tetapi bila berhadapan saja dengan Zackree , automatik aku bersikap begitu. Zackree yang mendengar aku berkata begitu tidak berkedip matanya daripada memandangku. Mungkin dia fikir aku masih membencinya dan tidak sangka mendapat reaksi daripadaku sedemikian rupa.
            “ Alis , kau marahkan aku lagi ke?” Zackree mula bertanya apabila aku berdiam diri seribu bahasa. Malas aku ingin melayan pertanyaan Zackree  itu aku lantas bergerak untuk berlalu dari situ. Walaupun kelihatan tidak sopan setelah Zackree telah mengembalikan dompetku tetapi bukankah aku telah mengucapkan terima kasih kepadanya. Cukuplah ucapan itu aku ungkapkan. Lagipun aku ingin membeli barang-barang yang dipesan oleh ibu. Jam dipergelangan tangan kanan kutatap. Dah pukul 6.15 minit petang. Nanti ibu risau pulak aku pulang lewat ke rumah.
            “Alis…please….”Belum beberapa langkah aku jalan, tanganku ditarik oleh Zackree. Aku cepat-cepat merungkaikan tanganku daripada terus dipegang oleh Zackree. Langkahku terbantut. Aku berpusing ke arahnya. Entah buat kali ke berapa lagi mata kami bertembung. Aku melihat ke dalam anak matanya. Ada pandangan penuh kesayuan dari sepasang matanya yang ku tenung.
            Aku tahu mata seseorang tidak akan menipu. Dan dari pandangan mata Zackree aku lihat suatu pengharapan yang tulus darinya.  Sikit demi sikit perasaan benci yang bersarang dijiwa ini terhadap Zackree kian pudar. Dendam, kebencian sampai bila harus aku membawanya.  Hati kecilku berbisik.
            “Ada apa? Saya ingin membeli barang yang dipesan oleh ibu.Nanti lambat pulang , ibu risau pulak…” Aku mula bercakap lembut dengan Zackree. Tiada lagi suara dan reaksi yang tegang. Tiada lagi perkataan ‘aku’ ketika berbahasa dengannya.
            Zackree yang melihat perubahanku itu, tersenyum . Mungkin dia tahu aku tidak lagi marah atau benci kepadanya.
            “Terima kasih Alis….”
            “ Untuk apa?” Aku bertanya kepadanya. Sememangnya aku sudah tahu terima kasih itu untuk apa. Saja ja aku buat-buat tak faham. Ingin melihat apakah jawapan yang Zackree akan beri. Adakah sama dengan andaianku ini.
            “ Terima kasih kerana sudi memaafkan aku. Terima kasih kerana tidak membenci aku lagi….” Zackree berkata penuh kesungguhan. Seolah-olah ingin mengambarkan perasaannya yang gembira dengan reaksi yang aku berikan kepadanya tadi.
            “ Em …kalau yang tu saja ….Saya rasa lebih baik saya beredar dahulu Zack. Lagipun dah lewat ni. Barang yang dipesan oleh ibu belum saya beli lagi…..”Sebenarnya aku malas nak melayan. Walaupun aku sudah memaafkan Zackree tapi diri ini macam tidak boleh menerimanya seperti dulu. Seolah-olah ada pagar yang menyekatnya. Apa yang dibisik oleh hati, tidak dapat diungkapkan oleh lidah.
            “ Tunggu dulu Alis. Sudikah engkau terima aku semula…” Aku agak sedikit terkejut dengan kata-kata yang baru diungkapkan oleh Zackree itu. Aku memandang ke wajahnya ingin pengertian. Sudi untuk apa?
            “ Sudikah engkau terima aku semula sebagai seorang kawan…Alis.” Zackree menyambung ayatnya yang tergantung. Mungkin dia faham dan mengerti apa yang baru diungkapkan olehnya akan membuatkan aku tertanya-tanya. Dan mungkin tersalah tafsir maksud yang sebenarnya. Aku tidak mengangguk atau menggeleng. Tidak pulak mengiakan. Aku tenung ke dalam anak mata Zackree lama-lama. Ternyata tindakkanku sedikit sebanyak mengundang kegelisahan dalam dirinya. Aku tahu.
            Didalam kotak fikiranku aku menconggak buruk dan baiknya sekiranya aku menerima kembali pelawaan Zackree. Menjadi kawannya semula seperti aku kembali menghiris luka lama. Menolak pelawaannya membuatkan aku berasa serba salah. Zackree sudah menolongku tadi. Aku memerhati bajunya yang sedikit kotor mungkin disebabkan bergelut dengan pencuri itu tadi. Nyawanya mungkin akan terancam andai kata pencuri itu membawa benda yang berbahaya seperti pisau. Ini bermaksud yang  Zackree sudi mengambil risiko yang besar semata-mata kerana dompetku ini.
 Di antara egoku dan terhutang budi yang mana satu harusku pilih? Andai kata aku menerima dirinya sebagai seorang kawan, adakah nanti akan mengudang masalah di masa akan datang? Adakah kejadian dua tahun yang lepas akan berulang kembali?Luka, ya luka yang lama bisakah dikambus supaya tidak lagi meninggalkan bekas? Tidak cemburukah isterinya nanti apabila dia dapat tahu suaminya telah berbaik semula denganku? Mungkin nanti akan berlaku salah faham diantara aku, Zackree dan isterinya. Aku tidak mahu menjadi perosak rumah tangga mereka. Walaupun aku tahu kejadian dua tahun yang lepas akulah yang menjadi mangsanya. Akulah menelan pahitnya. Hatikulah yang telah terluka. Bukan mereka.
“ Alis….” Semua bayangan, semua andaian yang berada di dalam kotak fikiranku terbang apabila Zackree memanggil namaku.Mungkin Zackree tidak betah melihat aku yang berdiam seribu bahasa sambil merenung ke arahnya.
“ Macam mana dengan isteri awak Zack?”Soalan itu saja yang keluar dariku. Zackree sedikit terpana dengan soalanku itu. Mungkin dia tidak menyangka yang aku akan bertanya sedemikian rupa.
            “ Aku dan isteriku,Atia sudah bercerai empat bulan yang lalu……”
            “ Bercerai?” Aku memotong kata-kata Zackree. Sebenarnya aku agak terkejut. Zackree dan isterinya sudah bercerai. Disebabkan akukah?
            “ Ya….tapi bukan disebabkan oleh kau Alis…..Panjang ceritanya. Nantilah bila aku  ada kelapangan akan aku ceritakan situasi yang sebenarnya. Itupun jika kau sudi…” Zackree berkata seolah-olah dia dapat membaca apa yang aku musykilkan. Kali ini Zackree pulak berani-beraninya merenung tepat ke dalam anak mataku. Aku dapat melihat sinar pengharapan dari matanya.
            “Sa..saya…..” Aku masih lagi tidak betah untuk menerima pelawaan ‘kawan’ oleh Zackree.
            Please….Alis…sudilah jadi kawan aku. Kali ini  aku tidak mengharap lebih dari kau. Aku faham mungkin hati kau dah tertutup buat aku …Tapi kita masih boleh jadi kawankan???Aku mintak maaf kat kau pasal kejadian hari tu. Aku tahu aku salah Alis. Aku terburu-buru. Aku tension. Masa tu otak aku tidak boleh berfikir dengan waras. Macam-macam masalah yang menimpa aku ketika itu. Aku nampak kau masa tu dan aku seperti nampak kembali sinarku yang hampir hilang . Bila ja aku ada masalah dulu-dulu aku pasti mencari kau. Kaulah tempat aku meluahkan segalanya….Alis. Sebenarnya aku jugak menderita seperti kau dua tahun yang lepas. Hatiku jugak terluka apabila melihat air mata kau Alis. Aku menjadi mangsa keadaan. Ingin saja aku menjelaskan semuanya pada kau. Tapi…tapi aku tak berdaya..” Kali ini aku melihat air mata Zackree menitis ke pipi. Hatiku dirundung sayu mendengarkan penjelasannya.
 Kalau benar semua yang dikatakan Zackree. Ini bermaksud yang  Zackree tidak bersalah. Tapi semuanya telah berlalu dan berlaku. Masa tidak boleh berundur kembali lagi. Hatiku, ya hatiku sudah tertutup buatnya. Tetapi betulkah hatiku benar-benar tertutup buat Zackree? Kalau betul kenapa jantungku masih bergetar dan jauh dilubuk hatiku yang paling dalam masih ada secebis rindu padanya. Wajahnya, ya wajahnya seringkali membayangiku walaupun diriku begitu benci dan sesangat benci kepadanya……
Aku memejamkan mata. Ingin mendapatkan sedikit ketenangan dan ruang.
“ Baiklah….saya dan awak Zack…kita kawan.” Akhirnya aku mengambil kata putus. Zackree tersenyum gembira.Air mata di pipinya dikesat.
“ Terima kasih Alis….” Aku hanya mengangguk. Biarlah. Aku harap erti kawan kali ini antara aku dan Zackree tidak akan membawa maksud apa-apa. Dan dengan terjalinannya persahabatan ini bermaksud aku telah memaafkan Zackree. Dan petang itu berjumpaan kami terhenti disitu. Aku memintak izin pergi untuk membeli barang yang dipesan oleh ibu. Lagipun ketika itu hari pun sudah menginjak kelewat petang. Zackree akur. Dia pun katanya ada hal untuk pergi ke kedai komputer bersebelahan dengan pasaraya. Kami berpisah dengan Zackree memintak nombor telefonku. Tapi apalah bodohnya aku kerana tidak pulak aku memintak nombor telefonnya sebagai tukar ganti ketika itu.
“ Hello, Assalamualaikum…”Aku memulakan bicara apabila punat angkat di handphoneku ditekan. Kejadian petang tadi mati disitu apabila telefon berdering-dering mintak diangkat.
“ Waalaikumussalam. Hai Alisya. Masih ingat saya lagi tak….”  Kedengaran suara orang di sana menyahut panggilan daripadaku. Dari gaya bahasanya aku tahu yang pemanggil di sana bukan Zackree. Tadi mati-mati aku ingat Zackree yang menelefonku. Maklumlah nombor tak kenalkan!
“ Maaf…saya tak kenallah. Siapa ya?” Aku menyoal kepada pemanggil tersebut. Memang aku tidak tahu langsung. Suaranya yang serak-serak basah tidak pernah aku dengar selama ini.
“ Sayalah Fariz Daniel. Maaflah saya kurang sihat sikit. Dijangkiti selsema . Sebab tulah suara saya menjadi  sedikit garau..…”Kini baruku tahu. Fariz Daniel. Apa yang lelaki itu mahu dariku malam-malam begini?? Kiranya selepas peristiwa aku tertarik tangannya sehingga terjalin ikatan persahabatan diantara kami ,tiada lagi berita diantara kami sehinggalah ke hari ini.Hatiku tiba-tiba dicuit rasa…entah aku pun tak tahu rasanya macam mana??.Yang pasti aku senang kerana Fariz Daniel masih mengingatiku. Pelik tapi itulah hakikatnya…..
“ Oh, Fariz….Maaf nombor awak saya tiada…Ada apa ya awak hubungi saya malam-malam begini?.”
 Tak pa Alisya .Maaf sekali lagi kerana ganggu awak malam-malam begini. Dah lama saya ingin hubungi awak sejak kejadian hari tu tetapi kesibukkan kerja saya yang membataskan semuanya. Jadi hari inilah saya baru berkesempatan untuk menghubungi awak..” Dengan suara garau dan serak-serak basahnya, Fariz bersuara. Sesekali kedengaran batuk-batuk kecil darinya.
“ Ok…..” Itu saja yang mampu aku ungkapkkan kepada Fariz. Sebenarnya lidahku kelu untuk berbicara. Aku tiba-tiba mati akal.
“ Boleh kita berjumpa esok  Alisya…dekat Village Corner, jam 10.00 pagi. Awak tahukan tempat tu.Saya tahu esok awak cutikan??   Em…..saya ingin rasanya bertemu dan berbicara dengan awak. Hari tu kita tak sempat untuk berbicara dengan lebih panjang lagi. Masing-masing ada hal. Saya harap awak tak keberatan” Fariz bersuara . Kali ini dia ingin mengajakku untuk bertemu dengannya. Hai,tahu-tahu saja Fariz ni yang esok aku cuti.
“ Ok….kita jumpa di sana.” Ah, begitu senang sekali aku menerima ajakkan daripada Fariz. Tak perlu lama-lama aku berfikir.Terbayang-bayang di mataku sebaris senyumannya yang manis. Hehehe….gatalnya aku. Entah-entah si Fariz tu dah ada makwe ataupun isteri. Masakkanlah orang sehandsomenya  tiada sesiapa bertahkta dihati. Aku yang pandang dia buat pertama kali pun sedikit cair inikan pulak orang lain.Aduh…..Isya,Isya.
“ Kalau macam tu oklah Alisya. Kita jumpa Sabtu ni ya. Assalamualaikum…Bye…”
“ Ok…Waalaikumussalam …bye..” Dengan itu Fariz mematikan telefonnya. Aku termanggu sebentar. Lantas handphoneku ku letak kembali disisi meja. Mata kukerling ke arah jam di dinding. Sudah 11.30 malam. Em…lebih baik aku tidur hari dah pun lewat malam dan mataku pun dah berat. Mulut ni dari tadi tak henti-henti menguap.Lalu novel yang kubaca tadi kukatup dan kuletakkan jugak di atas meja bersebelahan dengan handphoneku berada.
Aku bangun menuju ke suis lampu bilik dan menutupnya. Setelah itu kukembali berbaring di atas katil. Selimutku tarik ke separas dada, doa untuk tidur  kubaca sebagai pendinding diri.daripada mainan syaitan dan jin.Setelah itu aku perlahan-lahan  melelapkan mataku. Seminit, dua minit,tiga minit……….
Belum sempat aku ingin melayari ke alam fantasi mimpiku, handphoneku berdering buat kali kedua. Aduh, sapa la pulak ni???
Dengan perasaan malas dan mamai aku meraba-raba mendapatkan handphoneku di atas meja. Malas la nak bangun membuka suis lampu. Nanti nak kena tutup balik.
“ Hello…..” Tanpa melihat siapa yang menelefon di skrin handphoneku, aku terus menekan punat jawab.
“ Hello…Assalamualaikum Alis….” Kedengaran suara seorang lelaki disana. Aku yang tadinya mamai automatik menjadi cergas. Zackree!
“ Waalaikumussalam…..Zack!”
“ Maafla Alis….ganggu kau malam-malam ni! Esok boleh tak kita jumpa? Aku ada hal penting nak mintak pendapat kau…” Tanpa ada mukadimah yang panjang Zackree terus menyatakan hasratnya.
“ Tapi…saya….”
“Boleh la ya? Esok 10.00 pg dekat taman bunga berhampiran dengan Village Corner...Aku tunggu kat sana. Ok …bye…” Dengan kata-kata tersebut Zackree mematikan telefonnya. Belum pun sempat aku memberikan jawapannya. Zackree dah pandai sendiri atur masa dan tempatnya. Lebih baik tak payah tanya aku.  Cakap ja aku nak jumpa kau kat taman bunga 10.00 pagi, esok. Tak payah nak habiskan kredit kalau tanya bagi jawapan sendiri macam tu. Buat sakit hati aku  ja lah.
Apalah penting sangat Zackree ni nak jumpa aku. Tapi Isya…kaukan dah janji nak berjumpa Fariz esok…Hatiku tiba-tiba berdetik.
Ya la…aduh…macam mana nie…..esok  nak jumpa dengan Fariz, dengan Zackree. Pukul, dua-dua 10.00pg..sama pulak tu. Tempat seorang dekat Village Corner dan seorang lagi dekat taman bunga berhampiran Village Corner.
Kalau aku jumpa dengan Fariz, Zackree macam mana?Begitu jugak sebaliknya. Tempat dekat-dekat ja. Nanti bertembung pulak…Pening…pening…dan merumitkan.
            Em…..beratnya mataku ni…Tak boleh nak buka dan mata ni….tidurlah dulu…Esok baru fikir lain.




Kau Dihatiku 6


6

“Ha, Alisya ni ada florist datang nak bagi bunga kat engkau….” Kedengaran suara Kak Pah jelas. Dia menghadap ke arah mejaku. Bila masa dia datang pun aku tak tahu.Florist bagi bunga kat aku maksudnya…………aku sempat mengerling ke arah Mas yang berada di meja sebelahku. Kelihatan Mas menjungkit bahunya. Tanda tak tahu.
            Florist?”aku bertanya ingin mendapatkan kepastian daripada Kak Pah. Dahiku berkerut memandangnya.
            “ Ya la…..” Mendatar saja jawapan yang diberikan oleh Kak Pah. Macam tak puas hati ja Kak Pah ni, hai……
            “ Em…cik Nur Alisyakan?” Tiba-tiba terjengul wajah seseorang yang aku tak kenal dengan sejambak bunga mawar putih ditangannya bersama-sama  clip board. Tak payahlah nak perkenalkan diri aku sudah tahu dia tu pasti florist yang dimaksudkan oleh Kak Pah.
            “ Ya, saya…” Aku mengiakan. Kak Pah yang berada didepanku tidak berkata apa-apa hanya memandang ke arahku seperti patung dengan mata berkelip-kelip.
            “ Ini bunga untuk cik Nur Alisya. “ Florist itu mengunjukkan bunga mawar putih itu kepadaku. Aku mengambil tanpa banyak kata.
            “ Dan cik sila sign di sini ….” Florist itu menunjukkan tempat yang perlu aku tandatangani setelah bungannya ku terima dengan menyuakan clip board kepadaku. Setelah siap aku tandatangani , aku mengucapkan terima kasih kepada florist tersebut. Dia pun beredar pergi.
            Tidak berkelip mataku memandang bunga mawar putih yang baru aku dapat sebentar tadi. Mas yang berada dimejanya telah datang ke tempatku.  Keningnya dijungkitkan seolah-olah bertanya kepadaku bunga tersebut daripada siapa. Aku yang faham dengan isyaratnya hanya menggelengkan kepala tanda tidak tahu.  Kak Pah yang dari tadi seperti patung beredar pergi,mungkin ke tempatnya tanpa kata. Aku dan Mas menjadi pelik pulak dengan Kak Pah ni. Mana taknya Kak Pah yang penyibuk ni diam seribu bahasa. Tiada soalan yang ditanya. Hairan jugak kami dibuatnya. Dah bertaubat kot….Aku mentelah sendiri.
            “ Amboi…Isya dah dua kali kau dapat bunga ni. Cemburu aku dibuatnya.” Mas berkata bersahaja. Matanya memandang ke arah bunga mawar putih yang aku pegang.
            Memang betul kata Mas dah dua kali aku dapat sejambak bunga mawar putih ni.Kali pertama tiga hari yang lepas dan kali kedua adalah hari ini. Mungkinkah pengirim yang sama???
            Aku membelek-belek di celahan  bunga mawar putih tersebut satu persatu untuk mencari kad yang disertakan bersama-sama dengan bunga mawar putih ini. Tapi tiada. Pelik jugak!
            Bagi mendapatkan kepastian yang jitu, aku mengulang perbuatan yang sama. Mas memandang tanpa kata perbuatanku itu. Memang betul tiada kad sepertimana sejambak bunga mawar putih yang aku dapat dulu. Aku mengeluh kecil.
            “ Kenapa?” Mas bertanya kepadaku sambil tangan kanannya memegang bahuku.
            “ Kenapa, apa?” Aku pulak menyoal Mas dengan soalan jugak. Macam orang bodoh.
            “ Hish kau ni…aku tanya kau, kau tanya balik dekat aku Isya. Kenapa kau mengeluh macam ni? Dapat bunga pun kau mengeluh. Kalau aku dapat bunga macam kau, Isya …pasti aku gembira sangat-sangat.” Mas berkata dengan penuh semangat.
            “ Oh……” Aku menjawab ringkas faham dengan pertanyaan ‘kenapa’ oleh Mas tadi.
            “ Oh ja?”Mas bertanya lagi mungkin dia tak puas hati dengan jawapanku itu. Aku tak menyalahkan Mas bila dia bertanya begitu.
            “ Oh baru aku tahu….Kau suka bunga ke Mas?? Tak pa nanti aku bagi tau dekat Fauzi suruh hadiahkan kau bunga tiap-tiap hari….”
            “ Ke situ pulak la kau ni Isya……” Mas berkata malu. Mukanya kulihat sudah merah padam bila ku usik dia dengan Fauzi. Aku tersenyum kambing kepadanya. Hah, baru tahu  bila kena sakat saja dengan Fauzi  mulalah nak malu-malu kucing. Aku tahu Mas menyukai Fauzi, office boy pejabat sebelah. Cuma Mas yang tak berani nak luahkan isi hatinya dekat Fauzi tu. Katanya takutlah, malulah… Mana ada perigi cari timbalah dan macam-macam lagi ayat-ayat yang keluar dari mulut Mas apabila aku menyuarakan pendapat kepadanya supaya meluahkan saja isi hatinya kepada Fauzi. Mana lah tahu nanti terlepas pulak Fauzi tu kat perempuan lain mau taknaknya menangis tak berlagu si Mas ni. Tapi Mas buat ‘dek’ ja dengan pendapat aku tu. Dan sampai ke hari ni Mas tak berani-berani lagi meluahkan perasaan hatinya yang sememangnya kami tahu dari sumber-sumber yang boleh dipercayai si Fauzi tu masih belum disunting mana-mana bunga.
“ Aduh, sakitlah Mas!” Aku menjerit kecil apabila satu cubitan yang sesangatlah berbisa dari Mas hinggap dilengan kiriku. Mas hanya tersengih dengan jeritanku itu.Tempat yang dicubit oleh Mas kusapu-sapu dengan tangan agar bisanya segera hilang.
“ Kalau macam ni aku cancellah nak bagi bunga ni kat engkau……” Aku berkata seolah-olah merajuk dengan Mas. Biar dia ingat aku terasa hati dengan perbuatannya kepadaku. Walaupun hakikatnya sikit pun aku tak kisah.
“ Kau nak bagi bunga tu dekat aku Isya? Betul ke??” Mas bertanya penuh teruja.
“ Em….dah tak jadi dah. Baik aku bagi dekat Kak Pah sekurang-kurangnya tak lah dia cubit aku macam kau cubit aku ni……” Aku berkata bersahaja. Bunga mawar putih itu aku perhati dengan pandangan yang kosong.
“ Ala…ala…ala merajuk pulak kawan aku seorang ni…. Maaf lah Isya. Tu lah engkau kaitkan sangat aku dengan Fauzi tu. Terautomatiklah tangan aku ni mencubit kau tu….” Mas berkata memujukku yang tengah buat-buat merajuk sambil tangannya mengeletek dipinggangku yang sememangnya sensitif dalam bab-bab digeletek ni. Geli.
“ Opss…dah..dah Mas……Geli la…..” Aku berkata dengan suara yang kegelian akibat digeletek oleh Mas.
“ Engkau merajuk dekat aku lagi tak?” Kata Mas sambil tangannya terus menerus mengeletek dipinggangku. Aku mengeleng-geleng kepala berulang-ulang kali menandakan yang aku tidak merajuk  lagi dengannya. Sememangnya mana ada aku merajuk pun. Hehehehe….. Melihat aku mengeleng begitu Mas menghentikan perbuatannya mengeletek aku.
“ Ambiklah bunga mawar ni…” Aku menghulurkan bunga mawar putih itu  kepada Mas. Aku tahu Mas pasti suka punya. Masa bunga mawar putih yang aku dapat hari tu pun aku bagi dekat Mas dia asyik ja membelek dan mencium berulang-ulang kali  bunga tersebut. Kali ini kalau aku bagi entah apa pulak yang dibuatnya.
“ Nak bagi aku lagi ke?” Mas bertanya hairan untuk mendapatkan kepastian.
“ Ha’ah ….ya lah. Nak bagi dekat engkaulah. Kau suka kan?” Aku mengiakan dengan kata-kata Mas itu.
“ Tak marah ke secret admirer kau tu dekat aku nanti sebab engkau bagi bunga yang dia kirim ni dekat aku?” Mas bertanya lagi tidak berpuas hati.
“ Dah nama pun secret admirer kan? Jadi tak payahlah aku nak terima bunga dari orang yang tak aku kenali Engkau bukan tak tahu.aku bukannya suka nak terima bunga ataupun apa-apa barang dari orang yang tak bernama dan tak langsung aku kenal orangnya macam mana……Lagipun kita bukannya nampak reaksi wajahnya macam manakan?Tak payah risaulah….biar la dekat secret admirer tu nak marah ke apa ke, aku bukannya buang pemberian dia dalam tong sampah aku bagi dekat orang…Kan satu kebaikkan tu dapat menyenangkan hati orang lain . Macam kau Mas . Hahahaha…Maka tak rugilah duitnya berhabis membeli bunga ni!”
Mas hanya mengangguk dan tersenyum dengan kata-kataku. Dia tanpa banyak kata lagi mengambil bunga mawar putih yang aku hulurkan kepadanya .
“ Terima kasih, rugi lah engkau tak nak bunga ni. Cantik tau. Putih, bersih, wangi…em….kalau aku ada secret admirer macam engkau nie…untungnya. Hari-hari dapat bunga. “ Ngomel Mas apabila dia sudah kembali ke tempat kerjanya bersama-sama bunga mawar putih tersebut.
“ Ya la tu Mas………” Mendatar saja aku menjawabnya. Entah dengar entah tak si Mas ni dengan kata-kataku apabila kulihat Mas khusyuk saja menyambung kerjanya yang terbantut dan bunga mawar putih yang ku berikan kepadanya diletakkan di atas meja sebelah kirinya. Em… sibuk sangat la tu. Mas, Mas.


Aku memakirkan kereta kancil kesayanganku berhampiran dengan pasaraya. Sebelum pulang ke rumah daripada tempat kerja, Ibu telah berpesan kepadaku untuk singgah di pasaraya membeli mee dan sos cili. Kata Ibu, dia ingin menyediakan mee goreng untuk sarapan pagi keesokkan harinya. Aku hanya menurut saja pesanan ibu itu.
            Sebelum keluar daripada kereta, aku menyelongkar beg tanganku dan mengeluarkan dompet berserta handphone. Aku lebih senang hanya membawa dua barang itu daripada mengalas handbag. Simple . Nanti di depan kaunter bayaran tak payahlah kelam kabut menyelongkar untuk mencari dompet lagi di dalam handbag. Silap-silap haribulan dompet yang dicari tak jumpa. Sebab banyak sangat barang-barang dalam handbag tu. Payung ada, buku nota ada, kakulator ada , kunci rumah serta bermacam-macam lagi persis poket doraemon. Hehehe.  Bak kata orang sediakan payung sebelum hujan.
            Selangkah aku berjalan untuk menuju ke pasaraya. Tiba-tiba bahuku dilanggar oleh seseorang. Dompet dan handphone yang kupegang terjatuh di atas jalan tar. Aku membongkok untuk mengambil kembali dua barang aku yang terjatuh itu. Belum sempat aku mengambil dompetku tiba-tiba ada tangan lain dahulu yang menyambarnya dan berlari pergi. Laju persis angin. Aku bingkas bangun dan dapat  melihat ada seseorang lelaki telah melarikan dompetku itu. Aku tidak menunggu lama, lalu aku berlari jugak mengejar lelaki yang membawa lari dompetku itu sambil berteriak memintak tolong, dompet saya kena curi.
            Lagi laju aku kejar pencuri itu, lagi laju pulak dia berlari. Aku menjadi keletihan. Tidak berdaya lagi kaki aku untuk berlari. Aku berhenti kepenatan. Pencuri yang mencuri dompetku itu semakin lama semakin jauh dari padangan mataku.Tidak terkejar aku dengan kelajuannya.  Aku pasrah mungkin dompetku bersama-sama kad pengenalan,lesen memandu berserta kad ATM tidak dapat di selamatkan lagi.
            Dalam aku ingin menyerahkan semua ini kepada nasibku, aku terasa ada seseorang lelaki dari belakangku berlari. Melintas dihadapanku dan mengejar pencuri terbabit sambil berteriak. Memintak lelaki itu berhenti. Aku hanya memandang dari jauh lelaki itu mengejar pencuri tersebut. Apabila pencuri yang mencuri dompetku itu membelok memasuki sebuah lorong lelaki tersebut jugak turut mengejarnya.Aku hanya melihat saja adegan itu.  Di saat ini tidak terlintas untukku berbuat apa- apa lagi. Aku masih terkejut dengan kejadian yang tak disangka-sangka ini. Di dalam hatiku, aku berdoa kepada Tuhan berharap dompetku bersama-sama benda yang penting didalam itu akan kembali kepadaku semula. 
            Aku duduk ditepi tebing longkang untuk menghilangkan penat akibat daripada berlari tadi. Mataku menatap handphone yang berada di dalam gengaman tangan kananku. Sepi.Nasib baik aku sempat mengambil handphone ini kalau tidak handphone ini jugak turut menjadi mangsa pencuri tersebut. Bisikku didalam hati.
            “ Nah, dompet awak!” Tidak berapa lama kemudian aku mendengar suara seorang lelaki. Dia menghulurkan sebuah dompet dihadapanku. Aku memandang kepada dompet tersebut. Memang tak salah lagi dompet yang dihulurkan kepadaku itu adalah dompetku. Tanpa berkata apa-apa aku mengambil dompetku yang dihulurkan oleh lelaki tersebut.. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dompetku kini telah berada ditanganku semula.  Ini bermaksud lelaki yang menolongku mengejar pencuri tersebut telah berjaya mengejar dan mendapatkan dompetku semula.
            “ Cubalah tengok isi didalamnya ….Ada tak benda-benda yang hilang?”Arah lelaki tersebut kepadaku.apabila dompetku telah bertukar tangan. Aku hanya menurut kata dan membuka dompetku untuk melihat isinya. Ternyata tiada apa-apa pun benda yang berada di dalam dompetku hilang termaksudlah not-not ringgit yang jumlahnya kukira betul sebelum dompetku dicuri sebentar tadi.
Aku mendongak kepala untuk melihat wajah lelaki yang telah mengembalikan dompetku semula dan ingin berterima kasih sangat-sangat kepadanya .
“ Terima ka……..”Ucapan terima kasihku tersekat secara tiba-tiba. Lelaki didepanku aku pandang tidak berkedip. Dia kulihat hanya mengukir senyuman. Menampakkan barisan gigi yang putih dan tersusun.
“ Awak??”

Kau Dihatiku 5

5

Aa…cim…aduh terbersin la pulak aku ni. Mau taknya tak bersin habuk-habuk  terawan-awan berterbangan sebaik saja pintu bilik stor dibuka. Secara automatik aku mengibas habuk-habuk tersebut  dari menyusuk lagi ke dalam rongga hidungku ini.Hidung yang agak pedih itu kugosok berulang-ulang kali. Baru lega rasanya……..
            Lantas bilik itu kujejaki sambil ditanganku menjinjit sekarung beg plastik yang didalamnya terdapat penyapu ,penyodok,bulu ayam berserta dua bungkus beg plastik sampah berwarna hitam. Senang semuanya kuharung sekali di dalam satu beg. Tak payah penat-penat berulang alik turun tangga ambik semua barang-barang itu semua lagi satu persatu. Jimat masa, jimat tenaga.Hehehe…..
            Suis lampu yang terletak didinding sebelah kiri berhampiran pintu bilik stor kubuka. Keadaaan di dalam bilik itu menjadi terang benderang akibat panahan cahaya lampu yang  menyinari segenap ruang bilik stor tersebut.
            Masya-Allah ni stor ke atau tong sampah ni! Aku berbisik didalam hati .Terkejut! Barang-barang yang kurasa dulu tersusun kemas didalam kotak sekarang telah bersepah ke lantai. Habis bertaburan kertas-kertas dan segala mak nenek yang ada di dalam kotak tersebut..
            “ Mak engkau……..!” Aku menjerit terkejut apabila sesuatu melintas dihadapanku, laju.Aku memerhati dengan teliti apabila benda itu melintas lagi.
            “La……cik Ti rupanya…..” Baru kusedari yang melintas dihadapan aku rupanya cik Ti a.k.a tikus. Besar jugak. Patutlah semua barang-barang ni bersepah. Rupa-rupanya semuanya kerja-kerja cik Ti dan mungkin the gang dia ni. Sebab mana la cik Ti yang seekor tu mampu nak bersepah-sepahkan barang-barang yang tersusun kemas didalam kotak tu seekor-seekor dia. Mesti bawak geng punya…….
Pelik jugak aku macam mana cik Ti boleh masuk ke dalam stor ni. Ku perhati lagi disekeliling bilik stor tersebut .Perhati punya perhati, akhirnya aku sedari terdapat lubang kecil disebelah kanan atas bilik stor tersebut.  Rasanya cik Ti dan the gang dia masuk ikut sini kot. Aku angguk-angguk sendiri mengiakan bisikan hatiku sendiri tadi.
Mana taknya rumah aku…..oppss….silap-silap rumah mak aku ni dua tingkat. Bawah batu atas papan. Rumah ala-ala kampung katakan.Jadi tak hairan la kalau makhluk-makhluk kecil seperti cik Ti ni boleh menceroboh masuk ke dalam bilik stor ni. Tambah-tambah bilik stor ni jarang-jarang dikemasnya. Dan aku rasa lubang tu cik Ti dan the gangnya lah punya kerja.
Lantaklah kau cik Ti….kalau ikutkan hati aku nak digoreng-goreng ja kau ni. Satu kerja pulak nak susun barang-barang yang bersepah tu semula. Banyak bukannya sedikit. Ingatkan tadi niat dihati cuma nak masuk bilik stor ni untuk sapu habuk sikit-sikit ja lepas tu selesai. Tapi sekarang lain la pulak jadinya.
Tengoklah lepas aku siap kemas semua barang-barang ni nanti…….hahaha…aku pergi beli perangkap tikus banyak-banyak siaplah korang nanti masuk perangkap tu dan kena humban dalam longkang. Nak sangat sepah-sepahkan barang-barang dalam stor ni ya……...Aku berkata di dalam hati sambil tersengih-sengih penuh makna.
Dalam aku sibuk mengemas dan menyusun barang-barang yang berterabur kat lantai tu….tiba-tiba aku terlihat sebuah album gambar yang agak usang. Kucapai album gambar tersebut dan membelek-beleknya berulang-ulang kali sebelum membuka gambar gerangan siapakah di dalam tu. Suspennya……..
Aku tersenyum-senyum seorang diri apabila melihat gambarku waktu kecil-kecil dari umur masih bayi lagi sehingga umurku mencecah ke angka lima tahun. Macam-macam posing dan keletah aku didalam gambar tersebut.Bahagianya kulihat wajah ayah dan ibu di dalam gambar tersebut. Hatiku tiba-tiba dirundum sayu. Kalaulah ayahku masih ada lagi didunia ini pasti keluarga kami akan menjadi keluarga yang lengkap dan bahagia. Ada ibu, ada ayah ,aku dan adikku Fisya cukuplah. Tapi semuanya ketentuan Tuhan. Ayah pergi ketika umurku tiga belas tahun dan Fisya ketika itu berumur lima tahun akibat penyakit keturunan iaitu kencing manis yang kronik.Selepas ayah meninggal dunia ibulah tempat kami bergantung. Ibulah ibu, ibulah ayah bagi aku dan Fisya dalam mengharungi hidup yang penuh perit dan getir ini.
Perasaan sebakku berhenti tiba-tiba apabila aku menyelak album gambar tersebut dan terpandang gambar seseorang. Angah!
Aku asyik bermain dengan cik Di…iaitu.nama bagi teddy bearku. Disebelah kiriku terdapat sebuah bantal yang sangat aku sayangi. Itulah bantal busukku. Bantal yang selalu menemani aku tidur. Jika tiada bantal busuk tu pasti tidurku tidak nyenyak. Ke mana-mana saja aku pergi bantal busuk itu akan kubawak bersama-sama. Baik makan, bermain atau keluar berjalan-jalan dengan familyku.
“Em….wanginya….” Aku mencium bantal busukku itu sambil diujungnya aku gentel-gentel berulang-ulang kali dengan jari.…Hehehe…itulah rutin aku sehari-hari bersama dengan bantal busukku itu. Ibu pernah menegur perbuatan aku tu. Aku buat endah tak endah saja. Nak buat macam manakan dah jadi tabiat sejak umur aku dua tahun lagi kalau nak tinggalkan memang susah.
 Ada satu hari tu ibu pernah menyorokkan bantal busukku itu ditempat lain dan digantikan dengan bantal yang baru.. Aku menangis semahu-mahunya tanpa henti sambil aku sibuk ke hulu ke hilir mencari bantal busukku itu. Seperti orang gila yang tidak tentu arah.Perbuatan aku itu hanya dilihat ibu tanpa kata.Sehinggakan aku tekad melakukan mogok lapar. Biar ibu dan ayah risau dengan keadaanku ini dan aku akan dapat kembali bantal busukku yang disayangi.
“Isya buka kunci nak….” Ibu melaung dari luar bilikku. Aku hanya buat pekak badak.
“ Tak mau…..Isya nak bantal Isya balik. Ibu tak bagi Isya tak mau keluar….Biar Isya mati lapar kat dalam bilik ni. Ibu dan ayah tak sayang Isya lagi…….”Ada nada ugutan dalam kata-kataku. Biar ibu dan ayah tahu yang aku bukanlah budak kecil yang akan mengalah dengan begitu saja. Aku mempunyai pendirian yang tersendiri.
“Isya ….Isya buka kunci bilik sayang……” Kali ini kedengaran suara ayah pulak yang berdiplomasi denganku.
“ Isya kata tak mau….tak mau la……Isya nak bantal Isya balik…..Isya tahu ibu nyorok bantal Isya….Ibu jahat.”
“Isya….Isya buka kunci ni nanti ibu bagi balik bantal Isya ya sayang….Bukalah..” Ibu pulak bersuara kali ini  dengan berjanji memulangkan kembali batal busukku yang tersayang itu.
“Ibu tipu…Nanti kalau Isya keluar ibu tak bagi balik bantal Isya…..” Aku bersuara menjelaskan rasa tidak percayaku dengan kata-kata ibu tadi.Hish….mana boleh terburu-buru nanti terperangkap diri.
“ Tak ibu tak tipu…Isya tak buka pintu mana Isya tahu ibu tipu Isya…Kalau Isya tak percaya Isya tanya ayah. Lagipun ibu tak pernah tipu Isya kan selama ni…….”
“Tak…” Aku membalas mengiakan kata-kata ibu.
“ Kalau macam tu Isya keluarlah….Isya sorang ja anak ibu…Kalau jadi apa-apa kat Isya ibu pasti sedih…”Ibu berkata sayu. Memang betul masa tu aku seorang saja anak ibu.Fisya masa tu belum dilahirkan lagi.
Aku turun dari katil dan membuka pintu bilik setelah kuncinya ku buka. Kelihatan wajah ibu dan ayah tersenyum kepadaku. Ditangan ibu terdapat bantal busuk kesayanganku. Ibu menyerahkan kembali bantal busuk itu kepadaku.Aku mencium bantal busukku berulang-ulang kali seperti ibu yang kehilangan anak bertahun-tahun lamanya. Lantas aku memeluk ibu dengan erat. Ibu membalas pelukkanku itu.
“Ibu….maafkan Isya ya….” Aku memintak maaf kepada ibu dengan perbuatanku tadi.
“ Ya ibu maafkan anak ibu yang manja ni…Ibu pun nak mintak maaf dekat Isya kerana menyorak bantal Isya tu…Isya maafkan ibu ya sayang..Ibu sayang Isya…” Ibu berkata sambil tangannya mengusap-usap lembut rambutku. Sejak kejadian itu ibu tidak berkata apa-apa lagi atau melakukan apa-apa lagi untuk memisahkan aku dengan bantal busukku itu.Begitu jugak dengan ayah.
Dalam aku asyik mengentel batal busukku itu, tiba-tiba bantal busukku disentap daripada tanganku oleh seseorang.Aku terkejut dan terpana seketika. Dikejauhan kelihatan seseorang menunjukkan bantal busukku dan mengerakkannya kiri dan kanan sambil menjelirkan lidah kepadaku….Wekkk…..
“ Angah….bagi balik bantal Isya tu…..” Aku melaung sampai berlari kepada budak yang kupanggil Angah itu. Lagi dekat aku dengan Angah. Angah berlari jauh dariku sambil menayangkan bantal busukku yang berada ditangannya.
“ Hahaha…..kalau Isya nak balik bantal busuk Isya ni…marilah dapatkan bantal Isya kat Angah ni sendiri…..” Angah bersuara bangga….Dia berlari-lari tanpa henti. Aku mengejar dibelakangnya. Bila Angah berlari ke kiri aku jugak berlari ke kiri mengejarnya. Begitu jugak dengan sebaliknya.Aku menjadi keletihan dan kelelahan apabila berlari-lari sebegitu. Mana boleh kudratku nak melawan kudrat seorang budak lelaki macam Angah tu.
“Angah…bagi balik bantal Isya tu…….Angah jahat…Angah suka kacau Isya….Isya benci Angah….” Aku merengek-rengek sambil terduduk di atas tanah apabila aku tidak berdaya lagi mengikut rentak Angah. Kaki, ku kuhentak-hentak di atas tanah itu berulang-ulang kali. Air mataku bercucuran keluar dari tubir mata ini sambil mulutku tidak jemu-jemu merayu Angah memulangkan bantal busukku itu.
Angah ku lihat jugak telah berhenti dari berlari. Dia berdiri agak jauh dariku. Tercungap-cungap Angah dibuatnya.Bantal busukku itu Angah masih belum mahu memulangkannya kembali kepadaku.Aku menjadi tidak keruan. Bantal busukku mesti diselamatkan.Tapi bagaimana? Kalau aku pergi mendapatkan bantal busukku dengan Angah, Angah pasti berlari lagi. Kakiku sudah tidak bermaya lagi untuk berlari. Macam mana ni apa perlu aku buat????
Huwaa……aku menjerit dan menangis sepuas-puasnya. Angah yang berdiri di situ ku lihat sudah mulai gelisah apabila aku menangis kuat tidak henti-henti. Ada riak panik diwajahya. Tapi  Angah masih disitu, masih membatu tidak bergerak.
“Isya…kenapa nak?” Kedengaran suara Makcik Sal iaitu ibu kepada Angah berteriak dari dalam rumah. Makcik Sal keluar terkocoh-kocoh mendapatkan aku yang menangis semahu-mahunya itu.
“ Isya…kenapa nak…Isya jatuh ke…..terluka dimana-mana ke.Biar Makcik Sal tengok,” Makcik Sal berkata lembut menampakkan ciri-ciri keibuan. Ada riak kerisauan diwajahnya. Aku berhenti daripada menangis dan menggeleng-gelengkan kepala tanda apa yang ditelah oleh Makcik Sal adalah salah.
“ Habis tu…kenapa Isya menangis sampai macam ni sekali. Nanti kalau ibu dan ayah Isya balik nanti apa pulak mereka kata kat makcik tak jaga Isya elok-elok…” Makcik Sal bertanya lagi kali ini dahinya pulak yang berkerut meminta jawapan,
“ Tu……” Aku menunding jari ke arah Angah. Makcik Sal berpaling untuk melihat apa yang aku tunjukkan kepada dia.
“ Angah ambik bantal Isya….” Aku bersuara apabila aku yakin dan sesangatlah pasti yang Makcik Sal nampak Angah yang tercegat di situ dan tersengih-sengih macam kerang busuk,
“Jadi semua ni kerja si Angah la ni….Angah bagi balik bantal Isya tu….Nanti tak pasal-pasal telinga Angah tu mama piatkan. Kamu ni la Angah tak habis-habis nak kacau Isya ni. Ada-ada saja akal kamu nak sakat dia….” Makcik Sal berteriak nyaring kepada Angah tanda satu arahan dan jugak amaran.
Angah yang tahu ibunya mahu mempiat telinganya cepat-cepat melambungkan bantal busukku itu ke arahku. Makcik Sal melihatkan perbuatan Angah itu dengan menjengilkan matanya kepada Angah tanda dia tidak suka Angah berbuat begitu. Kalau boleh bagilah dengan cara yang elok dan memohon maaf. Ni tidak dilambungnya bantal busukku itu.
“ Nah , ambik balik. Orang pun tak hinginlah nakkan bantal busuk dia tu……Dah la busuk….banyak pulak peta dunia….” Angah berkata sambil dia berlari cepat-cepat masuk ke dalam rumah. Mungkin Angah tahu kalau dia lama di situ pasti telinganya akan dipiat sungguh oleh Makcik Sal.
Aku bangun dan berlari-lari anak pergi mendapatkan kembali bantal busukku yang dilambung oleh Angah sebentar tadi. Bantal busukku itu kusapu debu-debu tanah yang sedikit menempel dengan tangan. Lalu kucium bantal busukku penuh kasih sayang. Aku tersenyum seorang diri. Nampaknya pelan aku telah berjaya. Buktinya aku sudah mendapatkan kembali bantal busukku ini.
“ Oklah Isya dah pun dapat balik bantal Isya tu…Isya jangan nangis lagi ya sayang. Nanti tahulah makcik nak ajar si Angah tu.” Aku hanya mengangguk-angguk dengan kata-kata Makcik Sal. Terbayang dimindaku Makcik Sal memarahi Angah. Dan pasti kali ini Angah tak berani-berani lagi untuk mengacau dan menyakat aku. Aku tersenyum lagi Tapi boleh percaya ke???
Aku tersenyum apabila mengimbau kenangan aku dan Angah lapan belas tahun yang lalu.Detik-detik itu memang manis untuk aku abadikan dalam kenangan. Hehehe…..

“ Sal kamu jagalah diri kamu baik-baik dekat tempat baru nanti. Akak macam tak percaya yang kamu sekeluarga nak berpindah.Sepuluh tahun kita hidup berjiran. Dah macam adik-beradik.” Kedengaran ibu berkata sayu sambil tangannya memegang tangan Makcik Sal.
“Akak…..Sal akan ingat pesan akak tu..Kalau boleh Sal pun tak mahu berpisah dengan akak sekeluarga.Tetapi Sal terpaksa rela. Abang Sani perlu bertugas di tempat lain. ….Macam nilah kak, kalau bersuamikan seorang angkatan tentera ni. Berpindah-randah."Makcik Sal pulak berkata sayu. Ibu hanya menganguk tanda mengerti.
Aku yang berada dibalik pintu hanya memasang telinga saja. Di celahan pintu tersebut aku melihat Angah yang berdiri disebelah kereta memerhati sekeliling seolah-olah mencari sesuatu. Aku tahu Angah pasti mencariku. Saja aku tidak mahu keluar untuk berjumpa dengan Angah mahupun Makcik Sal buat kali terakhir. Hatiku menjadi sebak ketika itu. Aku tahu mungkin nanti aku tidak akan bertemu lagi dengan Makcik Sal sekeluarga. Dan tidak ada lagi orang yang akan selalu menyakat dan membuliku. Angah sudah tiada. Walaupun Angah selalu menyakatku tapi aku tidak kisah…Aku tahu Angah tidak bermaksud hendak selalu menyakitkan hatiku. Aku tahu Angah sayang aku macam Makcik Sal dan Pakcik Sani sayangkan aku. Buktinya ketika aku demam dulu Angah selalu datang melawatku dirumah dan membawa coklat kesukaanku.Sejak itu aku tahu yang Angah baik. Angah tak jahat.
“ Mana Isya….akak? Tak nampak pun dia dari tadi……” Makcik Sal bertanya dan meleraikan pelukkan dia dan ibu sebentar tadi.
“ Ada didalam rumah tu…..dah suruh dia keluar bersalam selamat tinggal tapi dia berdegil tak mau keluar…”
“Biarlah…,Isya tu kita tengok saja dia tu budak kecil tapi dia faham situasi sekarang ni. Mungkin Isya tu sedih kot Sal sekeluarga nak berpindah…..”
“Mungkin…..” Ibu  pulak berkata mengiakan.
“ Tak palah akak…Sal nak bertolak dulu. Perjalanan kami ni jauh lagi…Insya’Allah kalau ada jodoh diantara kita pasti kita akan bertemu lagi nanti.” Kulihat Makcik Sal menghulurkan tangan menyalami ibu buat kali terakhir.
“Iyalah,”ibu berkata menyambut tangan yang dihulur oleh Makcik Sal itu. Tidak beberapa lama. Ku lihat Makcik Sal masuk kedalam kereta ditempat penumpang sebelah depan kereta. Diikuti oleh Angah dengan kaki yang berat yang mengambik tempat di tempat duduk belakang.. Perlahan-lahan kereta yang dipandu oleh Pakcik Sani beransur-ansur pergi. Dan kelibat Angah ditempat duduk belakang semakin lama semakin kabur dari pandangan mataku. Tidak semena-mena airmataku menitis keluar jatuh ke pipi.. Angah!
Kusapu airmataku yang jatuh ke pipi dengan tangan kanan. Apabila mengingatkan kembali detik-detik keluarga Makcik Sal pergi aku menjadi sebak. Sejak hari itu aku tidak lagi mendengar berita mengenai mereka..Peristiwa itu sudah lama berlalu. Dan insan bernama Angah hanya tersimpan menjadi memori dalam sanubariku.





Powered By Blogger